Wikimedia_Commons
Wikimedia_Commons

Wikimedia_Commons

Wikimedia Commons merupakan gudang imej-imej, suara-suara, dan fail-fail multimedia yang lain yang merupakan fail kandungan bebas.[1] Seperti Wikipedia, Wikimedia Commons juga sebuah projek Yayasan Wikimedia. Fail-fail yang dimuat naik ke Commons boleh digunakan seperti fail-fail tempatan[2] dalam semua projek yang lain dalam pelayan Wikimedia dalam semua bahasa, termasuk Wikipedia, Wikibooks, Wikisource dan Wikinews, kerana semua kandungan adalah sama ada dalam domain awam atau dikeluarkan di bawah lesen-lesen bebas seperti Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL).[3]