Wikipedia
Wikipedia

Wikipedia

Wikipedia (tulisan Jawi:ويكيڤيديا) ialah sebuah ensiklopedia yang boleh diubah suai dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia yang tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada khidmat yang diberikan. Sebagai tambahan kepada matlamat ensiklopedia iaitu untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal, dan juga perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya. Tidak ada seorang pun yang dapat memiliki maklumat yang terdapat dalamnya dan tidak ada rencana yang akan ditamatkan. Satu lesen yang dikenali GFDL telah dicipta untuk memastikan setiap orang mengakui bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memperbaiki setiap rencana.Wikipedia berkandungan terbuka, bermaksud ia boleh digunakan secara bebas, boleh disunting secara bebas, dan bebas untuk disalin dan disebarkan. Ringkasnya, Wikipedia ialah kerja keras yang unik yang tidak wujud dalam ensiklopedia tradisional. Ia mempunyai sistem baik pulih sendiri dalam perjalanannya melalui cabaran-cabaran ini.[3]Wikipedia bermula sebagai projek Bahasa Inggeris pada 15 Januari 2001, dan kemudiannya mendapat bahasa lainnya yang pertama, Perancis, pada 23 Mac 2001. Wikipedia bahasa Melayu pula bermula pada 28 Januari 2003. Terdapat banyak usaha yang telah terlibat untuk membuatkannya berbilang bahasa, dan pada masa ini ia telah mengandungi lebih 18 juta rencana dan lebih 4 juta ialah rencana dalam bahasa Inggeris.[4]

Wikipedia

Pemilik Yayasan Wikimedia
Dicipta oleh Jimmy Wales, Larry Sanger
Pengiklanan? Tidak
Pengguna 35,000,000 (jumlah keseluruhan berdaftar daripada semua versi)[1]
Pendaftaran Pilihan
Laman sesawang wikipedia.org
Boleh didapati dalam Terdapat 275 versi bahasa yang aktif (285 jumlah versi Wikipedia secara keseluruhan)
Slogan (Melayu) Ensiklopedia bebas
(Inggeris) The Free Encyclopedia
Kedudukan Alexa ▬ 6 (Oktober 2013[update])[2]
Dilancarkan pada 15 Januari 2001; 19 tahun yang lalu (2001-01-15)
Perlesenan kandungan Creative Commons Attribution/
Share-Alike
3.0 (kebanyakan teks juga tersedia dalam dwilesen di bawah GFDL)
Pelesenan media adalah pelbagai
Jenis laman Projek ensiklopedia internet
Status terkini Aktif

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia http://www.alexa.com/siteinfo/wikipedia.org http://www.brandchannel.com/features_effect.asp?pf... http://www.cafeshops.com/wikipedia http://www.cnn.com/2003/TECH/internet/08/03/wikipe... http://news.google.com/news?hl=en&edition=us&q=Wik... http://researchweb.watson.ibm.com/history/ http://loomarea.com/die_quadriga/e/index.php?title... http://www.techtv.com/screensavers/answerstips/jum... http://teknologi-maklumat.com/wiki/Wikipedia http://www.theproduct.com/6m105/readings/spring04/...