Vandalisme Wikipedia

Satu isu yang kerap diperkatakan di Wikipedia ialah "vandalisme" atau laku musnah, iaitu membuat kerosakan terhadap rencana. Sebagai contoh, Sarah Lane, penyampai "Sarah's Blog Report", sebahagian program TV The Screen Savers di TechTV, "melaku musnah" laman Wikipedia mengenai monkeypox semasa bersiaran langsung [5] - hingga menyebabkan peningkatan laku musnah pada laman tersebut oleh penonton rancangan TV itu. Lane kemudian menulis "Walaupun ia mengujakan saya disebabkan oleh kemudahan dan keringkasannya, ia menakutkan saya serba sedikit. Maksud saya jika saya sebaliknya menulis 'Majikan saya seorang yang gemuk gedempol **** dan no. telefonnya ialah ****'? Tentunya seseorang akan memadamkannya, tetapi ini memerlukan moderator yang berdedikasi." [6]

"Disebabkan Wikipedia adalah percuma, projek terbuka, ia menarik unsur anarki," Larry Sanger, pengasas bersama Wikipedia, mengakui kepada Wired News. "Walaupun begitu, kebanyakan kita mahu mengambil pendekatan memerangi vandalisme ... dan membuangnya dengan segera."

Menurut rencana Wall Street Journal pada Februari 2004, pengkaji telah menjumpai bahawa setiap kerja vandalisme kerap kali dibaiki: Kajian yang terbaru oleh sekumpulan IBM menjumpai bahawa kebanyakan vandalisme yang dilakukan di Wikipedia telah dibaiki hanya dalam masa lima minit. Begitu pantas: "Kami terkejut akan bagaimana kerapnya kami menjumpai perbuatan vandalisme, dan terkejut sekali lagi bagaimana cepatnya ia diperbetulkan," kata Martin Wattenberg, seorang pengkaji di IBM TJ Watson Research Centre, di Cambridge, Mass. [7]

Rujukan

WikiPedia: Wikipedia http://www.alexa.com/siteinfo/wikipedia.org http://www.brandchannel.com/features_effect.asp?pf... http://www.cafeshops.com/wikipedia http://www.cnn.com/2003/TECH/internet/08/03/wikipe... http://news.google.com/news?hl=en&edition=us&q=Wik... http://researchweb.watson.ibm.com/history/ http://loomarea.com/die_quadriga/e/index.php?title... http://www.techtv.com/screensavers/answerstips/jum... http://teknologi-maklumat.com/wiki/Wikipedia http://www.theproduct.com/6m105/readings/spring04/...