Contoh surat permohonan Wikipedia:Contoh_permohonan_izin

Contoh 1

<PENGARANG | WEBMASTER>,

Saya menulis surat ini kepada tuan/puan untuk memohon kebenaran tuan/puan untuk menggunakan <BAHAN> milik tuan/puan dalam <RENCANA> dalam projek Wikipedia Bahasa Melayu. Untuk makluman tuan/puan Wikipedia (http://www.wikipedia.org) ialah sebuah ensiklopedia bebas yang disunting oleh para sukarelawan dari merata dunia.

Saya ingin mengisikan bahan-bahan tuan/puan dalam rencana yang memiliki URL berikut: http://en.wikipedia.org/wiki/<LAMAN_WIKIPEDIA_YANG_BERKENAAN>, dengan tujuan menjelaskan isi kandungan teks rencana tersebut dalam bentuk pengenalpastian/ulasan kritis yang dianjurkan oleh subjek-subjek yang disebut dalam rencana ini.

Kami di Wikipedia hanya akan menggunakan bahan-bahan tuan/puan jika tuan/puan sudi mengizinkannya di bawah terma-terma Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License, yang bermaksud sesiapa ada hak untuk berkongsi dan mengemaskini bahan-bahan tuan/puan jika perlu. Sila meneliti lesen ini sepenuhnya di:
http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Text_of_Creative_Commons_Attribution-ShareAlike_3.0_Unported_License

Lesen ini jelas melindungi para pengarang "daripada dianggap bertanggungjawab atas pengubahsuaian yang dilakukan oleh orang lain" sambil menjamin bahawa para pengarang dihargai atas hasil kerja mereka. Sila baca maklumat lanjut mengenai dasar hak cipta kami di:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Hak_cipta

Sekiranya tuan/puan setuju, kami akan menghargai tuan/puan atas hasil kerja tuan/puan dalam bahagian rujukan rencana berkenaan dengan menyatakan bahawa bahan-bahan berkenaan adalah berdasarkan hasil kerja tuan/puan dan digunakan dengan izin anda, serta menyatakan pautan web kembali ke:
<URL SUMBER>

Semoga tuan/puan merestui permohonan kami yang ikhlas ini.

Yang benar,
<PENGARANG WIKIPEDIA>