Wikipedia:Etika

Laman ini menawarkan panduan etika, atau "Wikiquette", apabila berhubung bersama ahli-ahli lain Wikipedia.Para penyumbang Wikipedia datang dari pelbagai negara dan budaya. Kita semua berbeza-beza pandangan, perspektif, pendapat dan latar belakang, adakalanya jauh bezanya. Saling hormat-menghormati adalah penting untuk berkolaborasi secara berkesan untuk membina ensiklopedia antarabangsa di Internet.