Wikipedia:Logo

Kesemua logo dengan cap dagang atau pemegang hak cipta (pemilik), hak cipta atau/dan nama-nama domain yang digunakan atau dihasilkan semula, adalah dengan ini termaktub sepenuhnya dibawah lesen atau kebenaran dari empunyanya atau pemegang amanahnya yang berkenaan. Mengikut panduan ini, kebenaran dari pemilik, empunya atau pemegang amanah logo tidak perlu diminta sebelum menggunakan logo mereka, selagi penggunaannya tertakluk di bawah Wikipedia:Kegunaan wajar. Ini juga tidak memberi tanggapan bahawa perkara berkenaan logo tersebut bersekutu atau menyokong Wikipedia atau rencana yang menyebabkan logo itu diletakkan dan dipaparkan walaupun sudah diolah tara, ini tidak memberikan sebab munasabah untuk pemiliknya membuat aduan.Logo amat berguna untuk membantu mengesahkan yang suatu rencana adalah mengenai benda (syarikat, pertubuhan, barang atau peristiwa) yang memiliki logo itu dan menunjukkan bagaimana pemilik benda itu hendak dilihat. Bagaimanapun, kaitan rapat antara suatu logo dengan tanda dagangan atau pemegang hak cipta (pemilik) menjadikan penggunaannya suautu topik sensitif, jadi sikap berhati-hati amat digalakkan.Alasan pemuatan suatu logo dalam ensiklopedia adalah serupa dengan rasional memasukkan potret pelakon terkenal, sebagai contoh. Amat sukar untuk menerangkan menggunakan perkataan maklumat yang disampaikan oleh potret tersebut, namun ramai pengguna merasakan yang potret itu sangat bermanfaat. Oleh itu, logo boleh dianggap sebagai suatu potret benda. Namun, berbeza dengan orang, yang sangat mungkin untuk diambil gambar fotonya secara bebas, logo umumnya dilindungi oleh hak cipta dan/atau tanda dagangan. Laman ini membantu memastikan penggunaan logo di Wikipedia akur dengan panduan kandungan tidak bebas WikipediaUndang-undang dan panduan berikut boleh membantu memastikan pematuhan tanda dagangan dan hak cipta: