Wikipedia:Manual_gaya_penulisan_(tanda_sengkang)

Wikipedia harus menggunakan peraturan-peraturan piawai untuk tanda sengkang. Bagaimanapun, sebilangan peranti Wiki automatik, baik pada waktu ini mahupun pada masa depan, memerlukan pemahaman tentang cara untuk mewakili tanda sengkang.Tanda sengkang benar memberikan makna yang tidak serupa dengan tanda sengkang biasa (-) (selepas ini digelarkan tanda sengkang minus), dan sebilangan orang berasa bahawa penggunaannya menyebabkan teks lebih mudah dibaca. Bagaimanapun, tanda sengkang benar mungkin tidak dapat dipaparkan dengan tekal dalam semua pelayar. (Sila lihat halaman perbualan.)Oleh sebab Wikipedia kini menggunakan UTF-8, tanda sengkang benar boleh dimasukkan secara langsung dalam tandaan. Umpamanya, untuk memasukkan sengkang em selepas kursor, anda boleh klik pada pautan "—" di bawah kotak penyuntingan. Sila lihat Bantuan:Askara khas.