Wikipedia:Menutup_tulisan_anda_dengan_kesimpulan

Kesimpulan merupakan gagasan yang tercapai pada penghujung perbincangan. Dengan kata lain ia adalah buah hasil dalam suatu perbincangan. Perbincangan yang berisi adalah perbincangan yang mencapai suatu kesimpulan. Sebaliknya, perbincangan yang tidak melahirkan suatu kesimpulan, ataupun tidak bertujuan melahirkan suatu kesimpulan, merupakan perbincangan yang kosong dan tidak berhasil. Sehunbungan itu, segala penulisan anda di wikipedia, sama ada di laman rencana ataupun laman perbualan haruslah menuju ke arah kesimpulan. Ini adalah kerana Wikipedia merupakan laman yang bersifat ilmiah dan bukan laman yang disediakan untuk perbualan ringan.Anda dinasihati supaya membiasakan diri untuk menutup tulisan anda dengan kesimpulan. Tabiat ini menandakan anda menulis dengan bertujuan, yakni menulis untuk mencapai suatu kesimpulan.