Wikipedia:Nama_khas

Nama khas adalah nama orang, tempat, atau benda istimewa yang khusus. Pada kebiasaannya di dalam bahasa Melayu, perkataan ini merupakan kata nama yang bermula dengan huruf besar. Kata nama mempunyai kepentingan kepada struktur sosial, kadang kala melebihi cabaran apa yang dianggap "betul" oleh satu pihak yang mahir atau yang lain. Akibatnya, nama seringkali menjadi punca pertikaian di kalangan penyunting yang mempunyai latar belakang berlainan. Satu sumber rasmi mungkin menjadi sumber yang berat sebelah bagi yang lain. Dengan itu, sebagai tambahan menetapkan piawaian dan peraturan, laman gaya ini diharap akan membantu proses mendapatkan tolak ansur apabila pertikaian nama timbul. Sebagaimana semua rencana Wikipedia yang membincangkan gaya, "peraturan" yang dibentangkan di sini sebenarnya hanyalah cadangan. Tetapi perkara ini perlulah diperakui oleh semua pihak bahawa gaya yang tetap menyumbang kepada hasil penulisan dan penyuntingan yang profesional. Penyumbang-penyumbang harus sedar bahawa pandangan mereka terhadap sesuatu nama bukanlah satu-satunya pandangan terhadap perkara tersebut. Sebagai satu sumber ilmiah, adalah amat berguna bagi sesuatu rencana menyediakan nama-nama lain yang mudah dikenali oleh sesetengah pengguna yang datang dari latar belakang yang berbeza. Dengan menyertakan nama-nama lain di dalam kurungan selepas satu nama yang sudah dikenali adalah satu cara yang amat digalakkan untuk menunjukkan bahawa wujud pandangan-pandangan lain tentang nama seseorang atau sesuatu tempat yang dibincangkan itu.Adalah amat penting juga untuk memahami bahawa kebanyakan masalah-masalah yang timbul berkenaan penggunaan kata nama khas sebagai tajuk rencana atau di dalam teks selalunya telah dibincangkan di tempat lain seperti dalam muka surat Perbincangan: atau di dalam forum Wikipedia. Malangnya, perbincangan ini dan juga muka surat berkenaan gaya penulisan tidak dipautkan kepada suntingan tersebut yang membolehkan pengguna-pengguna baru mencari panduan. Rencana ini dapat memberikan pautan-pautan kepada perbincangan-perbincangan yang berfaedah itu.