Wikipedia:Permohonan_izin_hak_cipta

Untuk menggunakan bahan berhak cipta di Wikipedia, adalah tidak memadai untuk kita mendapat izin untuk menggunakannya di Wikipedia sahaja. Ini adalah kerana Wikipedia menyatakan bahawa kesemua bahannya boleh digunakan oleh semua untuk apa jua tujuan, maka kita hendak memastikan bahawa semua bahan sebenarnya dilesenkan untuk tujuan itu, tak kira siapa yang membekalkannya.Untuk berbuat demikian, kita mesti sentiasa mengemel atau menghubungi pemegang-pemegang hak cipta untuk meminta izin mereka supaya kita boleh menggunakannya di bawah Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License (CC-BY-SA) atau lesen yang serasi dengannya, dan juka boleh, tak lupa juga Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL) (tanpa versi, tanpa bahagian terubah, teks kulit depan, atau teks kulit belakang). Rujuk Wikipedia:Hak cipta untuk butiran lanjut.