Wikipedia:Polisi_perlindungan


Penyelia mempunyai keupayaan untuk "melindungi" laman sehinggakan ia tidak dapat disunting kecuali oleh penyelia lain (perlindungan penuh). Penyelia juga dapat melindungi laman daripada dipindahkan sahaja. Selain itu, sesuatu laman juga dapat dilindungi dari suntingan pengguna tidak berdaftar atau pengguna baru (perlindungan separa).Keupayaan ini hanya boleh digunakan dalam keadaan tertentu sahaja kerana halaman dilindungi dianggap memudaratkan.Penyelia tidak boleh melindungi laman yang disuntingnya secara aktif, melainkan ada kes laku musnah (vandalisme).Jika laman itu dilindungi kerana perang sunting, versi yang dilindungi adalah versi terkini, bukan versi lampau. Kemudian, cubalah menyelesaikan masalah tersebut di laman perbincangannya.Jika sesuatu laman yang dilindungi dipindahkan, rencana baru akan turut dilindungi, tetapi alihan di laman asal tidak dilindungi secara automatik.