Wikipedia:Ruang_nama

Ruang nama Wikipedia adalah satu set laman Wikipedia yang mempunyai nama yang bermula dengan kata simpanan (diikuti tanda titik bertindih ":") yang dikenali perisian MediaWiki. Dalam kes ruang nama rencana (atau Utama), ruang nama tidak diberi nama. Ruang nama adalah sebahagian tajuk sebuah nama laman. Sebagai contoh, dalam ruang nama pengguna semua tajuk bermula dengan "Pengguna:". Pada masa ini Wikipedia mempunyai 28 ruang nama: 13 ruang nama asas, setiap satu dengan ruang nama perbincangan; dan dua ruang nama maya. Semua ini disenaraikan di dalam kotak di sebelah kanan. Semasa melayari Wikipedia, sebuah senarai ruang nama disediakan dengan memetik dua kali: lakukan gelintar kosong, kemudian petik Maju di bawah kotak gelintar. Senarai tersebut juga disediakan apabila perlu dalam menu runtuh, contoh: Khas:Prefixindex, Khas:Semua laman, Khas:Perubahan terkini, dan Khas:Sumbangan.