Wikipedia:Sumber_yang_boleh_dipercayai

Anggaplah niat baik
Konflik kepentingan
Jangan hentam pengguna baru
Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat
Etika
Mempermainkan sistem
Laman penggunaMemetik sumber
Sumber yang boleh dipercayai
KelayakanTandatangan
Garis panduan laman perbincanganSaiz rencana
Berani
Jangan masukkan salinan sumber asli
Jangan melakukan tipu helah
Ringkasan suntingan
Karut jelasKategori, senarai dan templat
Pengkategorian
Nyahkekaburan
SublamanManual Gaya
Manual Gaya (senarai)
Manual Gaya (jadual)Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, isi kandungannya adalah mengenai fakta. Ini bermakna sebarang pernyataan dalam Wikipedia seharusnya mempunyai sumber rujukan yang absah. Pernyataan yang tidak mempunyai sumber rujukan adalah sesuatu yang kebenarannya diragu-ragukan. Ia adalah sesuatu yang mudah tercabar, dan lebih buruk lagi barangkali ia merupakan pernyataan yang palsu, yang boleh memudaratkan pembaca. Dengan kebanyakan rencana-rencana yang tidak mempunyai sumber rujukan, maka ia akan menjadikan Wikipedia satu ensiklopedia yang tidak boleh diharap.Selain menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telus, adil dan jitu, setiap sumber rujukan juga perlulah diambil dari sumber yang boleh dipercayai dengan fakta-fakta yang benar dan tuntas. Ketiadaan sumber rujukan akan menyebabkan inspirasi Wikipedia sebagai ensiklopedia yang sarat dengan fakta berwibawa hanya tinggal omong-omong kosong sahaja, kerana itu bagi mengelakkan hal ini berlaku dasar utama Wikipedia adalah memastikan segala fakta yang diberikan oleh penyunting WAJIB mempunyai sumber rujukan yang boleh dipercayai.Ketiadaan sumber rujukan juga dapat membuatkan ramai pihak mempersoalkan kerasional fakta dalam sesuatu ensiklopedia. Anda perlu ingat jika anda menggunakan sumber rujukan yang tidak boleh dipercayai ini memungkinkan maklumat yang terkandung dalam set rencana dapat menyebabkan berlakunya ketirisan fakta, penyataan berat sebelah yang akhirnya menggalakkan fitnah dan permusuhan. Semua ini tidak selaras dengan tujuan penubuhan Wikipedia serta membelakangi nilai-nilai moral dan kebebasan sejagat yang sebenarnya.