Wikipedia:Tajuk_rencana_(gunakan_bahasa_Melayu)

[[Category:{{{1}}} Wikipedia|Tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu)]]Gunakan versi bahasa Melayu paling meluas digunakan sebagai nama judul rencana, sebagaimana yang anda dapati dalam sumber yang dipercayai. Ini memudahkan ia dicari, dan dibandingkan dengan sumber lain. Sering kali ini merupakan sumber nama dalam bahasa tempatan, sepertimana Madrid. Kadang kala versi bahasa Melayu berbeza dengan bentuk tempatan contoh Yogjakarta/Batawi atau ia mungkin lain sama sekali. Rujukan bagi rencana mestilah dari sumber yang boleh dipercayai; sekiranya ada satu nama paling biasa digunakan dalam sumber rujukan bahasa Melayu bagi rencana tersebut, gunakannya. Sekiranya (sebagaimana mungkin berlaku kadangkala) tiada nama khas Melayu diketahui, gunakan nama asal tersebut.Nama yang tidak berasal dari huruf Latin, sebagaimana nama Yunani, China atau Russi, perlu diterjemah/alih (transliteration) kepada huruf yang boleh difahami umum kepada penutur Melayu terpelajar. Sistem pengalihan sedia ada (contoh. Hanyu Pinyin) lebih diterima. Jangan guna nama alihan sistematik sekiranya terdapat nama Melayunya; dengan itu, guna Tchaikovsky atau Chiang Kai-shek sungguhpun ia tidak sistematik.Ejaan asal tempatan nama perlu dimasukkan dalam garis pertama rencana, dengan transliterasi sekiranya transliterasinya anglicization tidak sama; pengalihan dari nama bukan-Melayu adalah digalakkan. Sekiranya terdapat nama Melayu yang sama bagi judul tersebut, ia perlu disebut, sungguhpun ia mungkin bukan nama biasa dalam penggunaan bahasa Melayu.