Wikipedia:Tajuk_rencana_(komik)

Secara amnya, penamaan rencana harus menunjukkan apa yang paling mudah diketahui oleh sebilangan besar penutur Bahasa Melayu atau nama yang lebih dikenali di dunia, dengan keraguan minimum yang munasabah, dan pada masa yang sama menjadikan pautan ke rencana itu mudah dan menjadi kebiasaan.Oleh itu, tujuan kelaziman penamaan adalah untuk membantu pembaca, baik dalam kejelasan mengenai isi kandungan rencana yang diharapkan, dan sebagai kelaziman atau standard untuk membantu menolong dalam menavigasi ensiklopedia.Sesuai dengan ini, kelaziman am mengarahkan untuk "menggunakan nama orang yang paling biasa atau perkara yang tidak bertentangan dengan nama orang atau benda lain", dan Kelaziman khusus yang lain mengarahkan bahawa lebih tepat lebih baik.Ketika berhadapan dengan masalah penamaan yang sukar atau kompleks, periksa kesepakatan komuniti di laman perbincangan dokumen ini atau ke Discord kami #kategori-komik untuk bertanya lebih lanjut.