Geografi Wilayah_Kanagawa

Kanagawa ialah sebuah wilayah agak kecil yang terletak di sudut tenggara Dataran Kantō[1], tersepit di antara Tokyo di utara, tapak Gunung Fuji di barat laut, dan Teluk Sagami[1] dan Teluk Tokyo di selatan dan timur. Bahagian timur wilayah ini pula agak rata dan padat dengan pembandaran, termasuklah bandaraya-bandaryaa pelabuhan yang besar iaitu Yokohama dan Kawasaki.

Kawasan tenggara berhampiran Semenanjung Miura kurang bandarnya, dengan kota lama Kamakura yang menarik para pelancong ke kuil-kuilnya. Bahagian barat yang bersempadan dengan wilayah-wilayah Yamanashi dan Shizuoka di barat,[2] lebih bergunung-ganang dan merangkumi kawasan-kawasan percutian seperti Odawara dan Hakone. Kawasan yang terbentang 80 km dari barat ke timur dan 60 km dari utara ke selatan, mengisi tanah seluas 2,400 km persegi, ataupun 0.64 % daripada jumlah keluasan Jepun.[2]

Topografi

Secara topografi, Wilayah Kanagawa terdiri daripada tiga kawasan berbeza. Kawasan barat yang bergunung-ganang bercirikan Banjaran Gunung Tanzawa dan Gunung Berapi Hakone. Kawasan timur yang berbukit-bukau pula bercirikan Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura. Kawasan tengah pula yang mengelilingi Perbukitan Tama dan Semenanjung Miura, terdiri daripada teres sungai rata dan tanah pamah di sekitar sungai-sungai terbesar termasuk Sungai Sagami, Sungai Sakai, Sungai Tsurumi, dan Sungai Tama.[2]

Sungai Tama membentuk kebanyakan sempadan antara Kanagawa dan Tokyo. Sungai Sagami mengalir melalui tengah-tengah wilayah. Di kawasan barat, Sungai Sakawa melalui Tanah Pamah Sakawa, di antara Gunung Berapi Hakone di barat dan Perbukitan Ōiso di timur, dan mengalir ke Teluk Sagami.[1]

Peta Wilayah Kanagawa.

Bandaraya

Prefectural office of Kanagawa

Bandar dan kampung