Wilayah_Luar_Negeri_British_dan_Wilayah_Tanggungan_Mahkota

Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagai Wilayah Seberang Laut British)[lower-alpha 1] atau secara alternatifnya Wilayah Luar Negeri United Kingdom (atau Wilayah Seberang Laut United Kingdom)[lower-alpha 2] ialah 14 buah wilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatan United Kingdom.[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada Empayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsi ketua negara yang sama iaitu Baginda Ratu Elizabeth II (terkini).Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat Republik Cyprus.Walaupun wilayah tanggungan mahkota Jersey, Guernsey dan Pulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza dengan alam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripada negara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah dengan Empayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).

Wilayah_Luar_Negeri_British_dan_Wilayah_Tanggungan_Mahkota