Wilayah_Saitama
Wilayah_Saitama

Wilayah_Saitama

Saitama (埼玉県, Saitama-ken) merupakan sebuah wilayah yang terletak dalam kawasan Kanto, kepulauan Honshu, Jepun. Ibu wilayahnya iaitu Saitama terletak bersebelahan dengan Tokyo menyebabkan kepadatan penduduk di kawasan ini tinggi. Kebanyakkan penduduknya bekerja di Tokyo memandangkan kos kehidupan di Saitama lebih murah.