Wilayah_di_Jepun

Daerah
(郡 gun)
Bandar Utama
(中核市 chūkaku-shi)

Bandar Istimewa
(特例市 tokurei-shi)
Bandar
(市 shi)

Wad Istimewa (Tokyo)
(特別区 tokubetsu-ku)

Pekan
(町 chō, machi)

Kampung
(村 son, mura)
Jepun terdiri daripada 47 wilayah (prefektur), iaitu sebuah "metropolis" (都, to, iaitu Tokyo-to); sebuah "litar" (道, dō, iaitu Hokkaidō); dua buah bandar prefektur (府, fu, iaitu Osaka-fu dan Kyoto-fu) serta 43 prefektur biasa (県, ken). Di Jepun, kesemua wilayah ini secara keseluruhannya dikenali sebagai todōfuken (都道府県) iaitu gabungan kesemua wilayah (to-dō-fu-ken). Wilayah merupakan sebuah badan kerajaan yang lebih besar daripada bandar, pekan dan kampung.Ketua eksekutif bagi setiap satu prefektur adalah dilantik terus oleh gabenor (知事, chiji). Ordinan serta bajet digubal oleh dewan perhimpunan (議会 gikai?) yang dilantik untuk berkhidmat selama empat tahun.Mengikut Undang-undang Autonomi Tempatan pada masa kini, setiap prefektur dibahagikan lagi kepada beberapa bahagian kecil iaitu subwilayah (市, shi) dan daerah (郡, gun). Setiap daerah pula dibahagikan kepada pekan (町, chō / machi) dan kampung (村, son / mura). Sebagai contoh, Hokkaidō mempunyai 14 subprefektur yang berfungsi sebagai bahagian jabatan (支庁, shichō) kepada prefektur. Prefektur-prefektur yang lain turut ada bahagian jabatan masing-masing yang berfungsi sebagai fungsi pentadbiran prefektur diluar ibu negara.

Wilayah_di_Jepun

Transliterasi
Transliterasi
- Romaji:Todoōfuken