Windhoek
Windhoek

Windhoek

Windhoek (AFA: [ˈvəntɦuk]) ialah ibu negara Namibia dan bandarnya yang paling besar.Peluasan kawasan bandarnya mencabar disebabkan oleh kedudukan geografinya. Windhoek ialah satu-satunya kawasan kediaman pemerintahan sendiri di Kawasan Khomas. Pada tahun 1971, terdapat kira-kira 26000 orang kaum Eropah yang tinggal di Windhoek, dan jumlah ini melebihi jumlah penduduk kaum Afrika iaitu 24000 orang. Bandar ini ialah pusat pentadbiran, perdagangan dan perindustrian Namibia. Disebabkan oleh jaraknya yang dekat antara Windhoek dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hosea Kutako, Windhoek memainkan peranan penting dalam pelancongan Namibia.Dalam kehidupan seharian, Bahasa Afrikaans dan juga Bahasa Jerman, masih digunakan sebagai bahasa pengantar walaupun kerajaannya hanya menggunakan Bahasa Inggeris.[1] Antara mercu tanda yang terkemuka di sini ialah Alte Feste, Christuskirche, tugu Curt von François dan Heroes' Acre. Ragbi merupakan sukan yang sangat diminati di Namibia, dan pasukan negaranya bernama Welwitchias.

Windhoek

• Kepadatan 62.8/km2 (163/batu persegi)
Zon waktu UTC+2 (UTC+2)
Kawasan Kawasan Khomas
Negara Namibia
• Jumlah 325,858
Ketinggian 1,655 m (5,430 ft)