Windows_Media_Player
Windows_Media_Player

Windows_Media_Player

Windows Media Player merupakan sebuah pemain media digital popular keluaran Microsoft yang disertakan di dalam Windows. Ia digunakan untuk memainkan audio, video dan imej pada PC. Tedapat juga versi Windows Media Player untuk Pocket PC dan peranti berasaskan Windows Mobile lain. Selain itu, Windows Media Player juga pernah dikeluarkan untuk Mac OS, Mac OS X dan Solaris.Versi pertama Windows Media Player iaitu versi 6 mula dikeluarkan pada tahun 1999 sebagai pengganti kepada program Media Player pada versi terdahulu Windows. Windows Media Player 6 juga turut disertakan di dalam Windows 98 SE.Versi terkini Windows Media Player ialah versi 11 yang disertakan di dalam Windows Vista serta boleh dimuat turun untuk pelantar Windows XP.