Windows_Movie_Maker
Windows_Movie_Maker

Windows_Movie_Maker

Windows Movie Maker adalah perisian menyunting video, yang disertakan dengan Microsoft Windows Me, XP dan Vista. Ia mengandungi ciri-ciri seperti kesan, peralihan, tajuk/kredit, runut audio, pengisahan garis masa, dan Auto Movie. Kesan dan peralihan baru boleh dibuat dan diubah dengan mengubah kod XML. Windows Movie Maker juga adalah program menyunting runut audio yang asas. Ia boleh mengenakan kesan asas kepada runut audio seperti resap jelma dan resap lenyap. Runut audio tersebut kemudiannya boleh dieksport dalam bentuk fail bunyi sebagai ganti kepada fail video.Versi pertama perisian ini terdapat dalam Windows Me pada 2000, diikuti Windows XP pada 2001, termasuk versi lain Windows XP.Pembangunan untuk Windows Movie Maker telah dihentikan selepas keluarnya Windows Vista; sebagai gantinya, Windows Live Movie Maker, disertakan dengan Windows Live Essentials, suatu muat turun percuma dari Windows Live;[1], namun pun begitu, Windows Live Movie Maker tidak mempunyai ciri-ciri kemudahan yang sama dengan Windows Movie Maker.[2].

Rujukan

WikiPedia: Windows_Movie_Maker ftp://ftp.microsoft.com.ar/so/mm20enu.exe http://desilucy.com/ http://msdn2.microsoft.com/en-us/library/ms867186.... http://windowshelp.microsoft.com/Windows/en-US/Hel... http://www.microsoft.com/downloads/details.aspx?Fa... http://www.microsoft.com/windowsxp/using/moviemake... http://www.pcworld.com/article/id,133191-page,3-c,... http://www.pcworld.com/article/id,17791-page,4-c,m... http://www.techradar.com/products/computing/softwa... http://www.updatexp.com/windows-movie-maker-videos...