Antaramuka Windows_XP

Antaramuka Windows XP berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:-

  • Petak segi empat tepat dengan warna biru lutcahaya di dalam Explorer
  • Grafik seakan-akan "watermark" pada ikon folder, menunjukkan jenis fail yang tersimpan di dalamnya
  • Bayang-bayang pada label ikon di dalam desktop
  • Bar tepi berasaskan tugasan pada tetingkap Explorer
  • Keupayaan untuk menghimpunkan banyak butang tetingkap bagi program yang sama pada satu butang sahaja
  • Keupayaan untuk mengunci bar tugasan serta bar alatan lain bagi mengelakkan perubahan yang tidak disengajakan
  • Paparan program yang baru dipasang pada menu Start
  • Bayang-bayang di bawah menu (Windows 2000 ada bayang-bayang pada kursor tetikus, tetapi bukan pada menu)

Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat turun melalui internet.

Berkaitan