Filemografi Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia)

Selain popular sebagai kumpualn rock tanahair Wings turut tidak ketinggalan untuk menceburi dalam bidang perfileman. Filem pertama Wings adalah sebagai penampilan khas dalam filem Mat Som pada tahun 1990. Pada tahun 1992 Wings ditawar berlakon filem. Ternyata filem pertama kumpulan Wings iaitu Pemburu Bayang yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1993 ia telah memberi impak luar biasa dan meletup dipawagam apabila muncul sebagai filem melayu pertama Box Office di Malaysia. Wings menjadi semakin popular setelah berjaya membuktikan dalam dua kerjaya seni iaitu bidang nyanyian berkumpulan dan perfileman. Sesudah album Bazooka Penaka dikeluarkan pada tahun 1993 Wings telah menjadi rebutan para penerbit filem setelah popularitinya berjaya berada dipuncak kegemilangan. Awie dan Joe pernah membintangi watak hero atau pemegang watak utama dalam filem yang berlainan. Menurut penerbit serta pengarah filem, Awie dan Joe memang sesuai untuk memegang watak hero kerana mereka berdua ada memenuhi syarat kriteria, gaya, rupa paras yang menarik dan bakat mereka yang tersendiri secara semulajadi. Dalam daripada itu juga Eddie dan Black juga pernah menjadi pelakon undangan dalam beberapa buah filem termasuk Jojet yang ketika itu masih bersama Wings. Sehingga kini Awie masih lagi aktif dan mengekalkan popularitinya sebagai hero bintang filem atau pemegang watak utama yang ditawarkan oleh mana-mana pengarah filem. Manakala Joe akui jiwanya lebih berikan perhatian kepada bidang muzik dan kerjayanya sebagai pemain gitar utama walaupun Joe pernah menolak beberapa tawaran berlakon filem sebagai watak hero. Sehingga kini Joe masih lagi mengekalkan popularitinya sebagai pemain gitar utama yang disegani ditanahair.

Filem
TahunTajukWatak
1990Mat SomPenampilan Khas
1993Pemburu BayangPenampilan Khas - (Kecuali Awie watak utama)
1994PuteraKecuali Awie yang terikat dengan filem Sembilu
1995AmeliaJoe
1995WINGS Dalam Super StarKecuali Mel
2012Awang TrasherJoe - Penampilan Khas
2012LeftwingsPenampilan Khas
2016Rock Bro!Black - Penampilan Khas

Rujukan

WikiPedia: Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia) http://kisah69.blogspot.com/2012/04/trivia-kumpula... http://www.facebook.com/wingsmotorgangsociety //scholar.google.com/scholar?q=%22Wings%22+kumpula... //www.google.com/search?&q=%22Wings%22+kumpulan+mu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Wings... //www.google.com/search?q=%22Wings%22+kumpulan+muz... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Wings%22+ku... http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-... http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-... http://malaymp3.info/?s=wings