Sejarah Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia)

1984 - 1987: Penubuhan Dan Kejayaan Awal

Logo Wings

Sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur. Di situ lima orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock 'N' Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermula dengan kelahiran kumpulan kugiran walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Lima remaja muda ini ialah Awie, Syam, Baharom, Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama kumpulan Wings dimana nama kumpulan tersebut adalah nama yang terbaik dan pilihan paling tepat buat mereka. Ilham penggunaan nama Wings (Dalam terjemah dewan bahasa 'Sayap-Sayap') sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti 'Sayap atau Kepak' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris 'Wing'). Maka dengan itu lahirnya kumpulan Wings. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Baharom dan Zul membawa haluannya yang tersendiri, manakala Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini. Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 dengan bantuan dua anggota gantian iaitu Eddie (Anggota baharu) menggantikan tempat Zul manakala Black (Bekas pemain dram kumpulan Babylon) pula menggantikan tempat Jojet selain Awie dan Syam adalah selaku anggota asal. Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengurangkan satu lagi kekosongan anggota untuk menjadikan empat orang anggota sahaja didalam kumpulan ini.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan nyanyian yang bertenaga serta dibantu oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, J. S. Kevin, Bob Lokman adalah pertarungan pertama Wings dipersada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak di benar penyiarannya diradio dan televisyen oleh Radio Television Malaysia (RTM) namun pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti Belenggu Irama, Intan Ku Kesepian, Biarkan Berlalu, Inspirasi Taming Sari dan Peronda Jaket Biru adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu Wings atas alasan lirik lagu dan imej pakaian Wings dikatakan keterlaluan dan tidak mengikut syarat piawaian yang ditetapkan untuk di siar dikaca televisyen.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh dibelakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 180, 000 unit. Satu pencapaian impak yang lebih hebat dari pencapaian jualan album pertama dan kedua kumpulan Search yang merupakan kumpulan rock nombor satu negara sebelum album Fenomena dikeluarkan.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sering diadakan ditapak-tapak fun fair dan expo yang sentiasa mencuri perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

1988 - 1993: Pendedahan Utama, Penyertaaan Joe Selepas Sham, Puncak Kemasyhuran, Zaman Kegemilangan, Black Keluar - Jojet Masuk, Isu Rambut Panjang, Double Trouble bersama Search & Kelayar Perak

Tetapi pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings berlaku apabila Sham adalah selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menyertai kumpulan CRK dan kekosongan itu digantikan oleh Tham namun beliau tidak kekal lama serta tidak sempat mengeluarkan album seterusnya bersama Wings. Tempat Tham diambil alih oleh Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri yang berusia belasan tahun yang juga merupakan bekas dan anggota asal pemain gitar utama kumpulan Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh berbakat, kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama. Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada di dalam dirinya sebagai pemain gitar utama menerusi album kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988. Konsert Wings yang menyerlah ditapak-tapak fun fair dan expo menjadikan kumpulan ini semakin meningkat popularitinya. Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kemudian ia di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings. Wings telah mengambil keputusan muktamad untuk memilih menjadi artis Bertelsmenn Music Group (BMG) Malaysia. Wings berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded. Album Teori Domino muncul pada tahun 1990. Lagu Sejati sekaligus membawa Wings menjadi kumpulan rock paling popular. Dalam daripada itu juga Wings tidak ketinggalan untuk menghasilkan klip video lagu Alam Barzakh yang turut menjadi popular. Sejak album teori domino dikeluarkan, Wings tidak lagi layak untuk mengadakan konsert ditapak-tapak fun fair sebaliknya konsert mereka yang semakin bertaring dan berbisa, ia harus diadakan ditempat lebih besar. Dalam ketika itu Wings secara tiba-tiba dilanda dugaan apabila Black mengambil keputusan untuk keluar dari Wings kerana difahamkan Black tidak berpuas hati beberapa pengurusan Wings. Berita pengunduran Black gagal diketahui lebih lanjut oleh pihak wartawan. Tempat Black digantikan oleh anggota asal Wings iaitu Jojet (Bekas pemain dram kumpulan Gersang). Sesudah itu Wings mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Juara lagu ke-5. Lagu Sejati berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga kategori juara lagu dalam anugerah pertandingan tersebut. Tahun seterusnya, 1991 album Jerangkung Dalam Almari dipasarkan. Nama Jojet sekaligus semakin naik secara impak dan serasi bersama Wings. Setelah album tersebut yang mengandungi lagu mantap bertajuk R 'N' R Lu Punya Suka dipasarkan, M. Nasir telah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular ditanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu. Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Ditambah lagi Wings menguasai pentas dan jualan tiket konsert diserata tanahair berbanding kumpulan-kumpulan rock yang lain termasuk Search. Pada tahun 1992 Wings yang belum pernah menerbitkan album kompilasi, muncul dengan album kompilasi pertama berjudul Best Of Wings yang mengandungi sebuah lagu bonus bertajuk Hutan Simpan selepas empat album studio dipasarkan. Selain lagu bonus tersebut, keistimewaan di dalam album kompilasi pertama ini, Wings telah memain dan merakamkan semula beberapa buah lagu dengan suara Awie yang terkini seperti Inspirasi Taming Sari, Intanku kesepian, Belenggu Irama, Hikayat Penuh Ranjau, Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila. Lagu-lagu kompilasi tersebut ternyata lebih impak kelainannya berbanding dari album studio sebelum ini iaitu Belenggu Irama dan Hukum Karma.

Isu rambut panjang membuatkan Wings dilanda dugaan apabila lagu-lagu mereka digam dicorong-corong radio dan televisyen oleh Menteri Penerangan Malaysia. Isu tersebut telah menjadi berita panas dan sensasi dalam hiburan tanahair antara Search dan Wings sehingga Dato Mohamed Rahmat yang menyandang jawatan Menteri Penerangan Malaysia telah dapat menyelesaikan isu itu. Sebaik sahaja isu rambut panjang selesai, Search dan Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengeluarkan album berjudul Double Trouble pada tahun 1992. Album tersebut sememangnya telah dijangka meletup dipasaran serta menerima anugerah double platinum.

Tahun yang sama selain Wings digelar sebagai kumpulan rock paling popular tanahair, Wings termasuk pengurusnya Ali Bakar buat kali pertama telah menerima tawaran berlakon dilayar perak dibawah arahan Yusof Haslam iaitu filem bertajuk Pemburu Bayang yang mengandungi lagu Rantai dan Sejati. Filem tersebut ditayangkan dipawagam pada tahun hadapannya 1993.

Wings semakin sibuk dan berkerja keras didalam dunia seni, seterusnya mereka memasarkan album kelima berjudul Bazooka Penaka pada tahun 1993 yang tidak sampai seminggu berada dipasaran telah berjaya mencecah jualan sehingga 125, 000 unit. Album kelima tersebut merupakan album pertama Wings yang merakamkan beberapa buah lagu di Melbourne Australia. Lagu Bernafas Dalam Lumpur menjadi lagu popular yang mendapat perhatian ramai. Wings sekali lagi memenangi anugerah platinum dan Kategori rakaman album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) diatas kejayaan album Bazooka Penaka. Dari satu persatu album demi album Wings dikeluarkan, kesemua album mereka sering kali mendapat sambutan yang sangat hebat dan berjaya memenangi Anugerah Platinum termasuk album Double Trouble (Bersama Search). Tidak lama kemudian setelah album Bazooka Penaka dipasarkan, Wings sekali lagi menjadi rebutan penerbit filem dan dihulurkan lagi peluang untuk berlakon dilayar perak tetapi kali ini Awie dan Wings telah ditawarkan berlakon didalam filem yang berlainan kerana ia memandangkan Awie dan Joe memang sesuai memegang watak sebagai hero. Terdapat sedikit kekecewaan dikalangan peminat kerana Awie dan Wings tidak disatukan didalam sebuah filem untuk filem kali ini. Awie ditawarkan berlakon didalam filem Sembilu yang mengandungi lagu Suara Kita dan Di Ambang Wati. Manakala Joe bersama Wings dan pengurusnya Ali Bakar pula ditawarkan berlakon didalam filem Putera yang terbang jauh ke Paris Perancis untuk penggambaran filem itu selain lagu hit popular Bernafas Dalam Lumpur turut dimuatkan kedalam filem tersebut. Kedua-dua filem tersebut ditayangkan pada tahun yang serentak 1994.

1993 - 1998: Pengunduran Awie, Jojet keluar Semula - Black Kembali, Penyertaan Mel, Orang Asing, Mel Tarik Diri - Mus Masuk, Biru Mata Hitamku Dan Mencari Asal Usul

Sejarah pertukaran pertama penyanyi utama kumpulan Wings berlaku pada tahun 1993, penarikan diri Awie dari Wings setelah berjaya meraih popularitinya dikemuncak adalah berita paling menggemparkan buat peminat rock tanahair serta menarik perhatian didada-dada akhbar hiburan tanahair. Namun ramai peminat masih belum percaya dengan berita penarikan diri Awie dari Wings kerana ia hanya baharu beberapa tahun sahaja Wings telah digelar sebagai kumpulan rock paling popular tanahair. Awie yang sudah cukup sebati dalam kumpulan Wings dan merupakan satu imej kumpulan muzik rock ini, secara tiba-tiba dikhabarkan mahu meninggalkan Wings dikala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari, Double Trouble (Bersama Search) dan Bazooka Penaka. Akhirnya, berita pengunduran Awie dari Wings diumum secara sah dan ia sekaligus membuat peminat-peminat setia berasa kecewa, berputih mata dan terpaksa akur. Hakikatnya kemelut antara Awie dan Wings memang sukar untuk dihidu oleh mana-mana pihak wartawan. Berita pengunduran Awie dari Wings adalah sejarah titik hitam dalam sepanjang karier Wings dan ia memang paling pahit untuk ditelan oleh peminat-peminat setia sehingga ramai yang enggan menerima berita paling pahit itu. Album Bazooka penaka adalah album terakhir Awie bersama Wings pada tahun 1993 manakala konsert Double Trouble Search dan Wings adalah persembahan terakhir Awie dan Wings yang berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur pada tahun yang sama. Disamping ketika didalam krisis pengunduran Awie dari kumpulan itu, Wings sedang hangat menjadi rebutan penerbit layar perak dimana Awie telah menerima berlakon filem Sembilu manakala Joe bersama Wings menerima tawaran berlakon filem Putera setelah tidak lama sebelum itu Wings telah berjaya membuahkan hasil lumayan filem bertajuk Pemburu Bayang. Berita pengunduran Awie dari Wings telah berlaku selepas penggambaran filem Sembilu dan Putera serta belum sempat kedua-dua filem tersebut ditayangkan diseluruh pawagam tanahair.

Setelah Awie meninggalkan Wings, Joe, Eddie dan Jojet enggan berpatah sayap untuk membubarkan Wings, lantas mengambil inisiatif dengan menerbikan album kompilasi yang juga turut merupakan album pertama perjuangan Wings tanpa Awie berjudul Wings & Superfriends 1 & 2 yang dikeluarkan pada tahun 1994, yang menggabungkan sedikit sebanyak bersama artis-artis rock tanahair termasuk artis dari Indonesia dan Singapura. Sesudah album tersebut dikeluarkan Wings ditambah satu lagi episod titik hitam didalam karier kumpulan itu dimana Jojet pula mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai pemain dram yang berwibawa serta juga sudah cukup serasi bersama Wings. Namun Black kembali kepangkuan Wings sebagai pemain dram yang kebetulan memang sudah ada keserasian bersama Wings.

Setahun kemudian pengganti Awie ditemui iaitu Mel. Penyanyi berbakat yang ketika itu sedang mencari tapak untuk menjadi penyanyi secara kebetulan dipilih untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings dan menghasilkan album keenam Wings yang juga turut merupakan album studio pertama tanpa kelibat Awie berjudul Orang Asing yang dikeluarkan dipasaran pada Oktober 1995. Antara lagu dari album tersebut yang menjadi siulan ramai ialah lagu Lena Di Ulit Intan. Joe sekali lagi menerima tawaran berlakon filem sebagai watak hero dalam filem bertajuk Amelia. Bagaimanapun, jodoh Mel dengan Wings tidak kekal lama. Mel membuat keputusan untuk berundur dari Wings kerana beliau akui dirinya tidak sesuai dengan irama muzik Wings. Selepas Mel mengundurkan diri dari Wings, kumpulan itu kembali menemui parah apabila Ali Bakar disingkir sebagai pengurus Wings. Biarpun dugaan itu melanda namun Joe menerima tawaran berlakon filem sebagai watak hero manakala Eddie dan Black sebagai pelakon undangan di dalam filem bertajuk Wings Dalam Super Star.

Wings bernasib baik kerana tempat Mel digantikan oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Ura-ura yang Mus akan memasuki Wings sudah lama diperkatakan selepas Awie dan Mel menarik diri. Oleh itu selepas Mel tidak serasi bersama Wings, Mus segera menerima tawaran Wings untuk bersama tiga lagi anggota pemuzik Wings yang meneruskan misi perjuangan mereka di dalam bidang seni tanahair. Ditambah secara kebetulan pula Mus memang ada keserasian untuk menjadi penyanyi utama kumpulan Wings. Album ketujuh Wings berjudul Biru Mata Hitamku adalah album penampilan pertama Mus bersama Wings yang dikeluarkan pada September 1996. Lagu Biru Mata Hitamku menjadi lagu hit sensasi. Album tersebut telah memenangi kategori kulit album terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-4. Tahun 1997 Wings telah tampil dengan album berjudul Puisi Aidilfitri dan J. S Kevin & Wings. Tahun berikutnya nyanyian Mus semakin serasi, bertambah mantap dan bertenaga dengan muzik Wings apatahlagi muncul dengan dua album dalam tahun yang sama 1998 iaitu Double Trouble 2 (Bersama Search) dan album kelapan berjudul Mencari Asal Usul. Dua album tersebut itu adalah suara yang bertenaga dan terbaik Mus sepanjang tempoh penglibatannya sebagai penyanyi Wings dan sebelumnya. Ternyata suara Mus ada keistimewaannya yang tersendiri.

1999 - 2009: Zaman Kejatuhan, Best of Wings 2, Mr. Barbarik, Mus Berundur - Awie Kembali, Naga Kramat & Kebangkitan Semula Gergasi Rock

Ironinya, walaupun Wings sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila penyanyi utama asal mereka Awie telah menarik diri untuk bergerak secara solo yang berjaya bergelar sebagai penyanyi lelaki popular, pelakon lelaki no. 1 tanahair, menggantikan tempat Amy Search selaku penyanyi utama kumpulan Search yang turut menjayakan satu album 'Projek Khas' berjudul Bikin Wilayah (1998) yang berjaya meletup dipasaran termasuk dicalon bertanding didalam Anugerah Industri Muzik ke-6 (AIM 1999) serta sekaligus album tersebut berjaya memenangi kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) dan menubuhkan kumpulan muziknya yang tersendiri yang diberi nama sebagai Dragon Malaya yang dianggotai oleh Awie (Vocal), Kid (Gitar), Yem Bai (Bass) dan Jojet (Drum) pada tahun alaf baharu 2000, namun Wings masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam indusri muzik rock tanahair walaupun tanpa kelibat Awie yang dikatakan sebagai nadi dan kepala keretapi untuk kumpulan Wings.

Sepanjang tempoh pengunduran Awie dari Wings ia telah banyak memberi kesan negatif dan keparahan yang teramat mendalam terhadap kumpulan ini. Tanpa Awie, Wings hilang sebagai bintang, jatuh kedudukan sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair temasuk persembahanya dipentas hilang taring dan bisanya. Sebaliknya ia memberi dugaan apabila persembahan Wings dipentas hanya mampu layak kembali diadakan ditapak-tapak fun fair dan expo. Wings muncul sebagai pembuka tirai konsert bersama artis- artis lain. Ia menambahkan lagi dugaan apabila Wings pernah menari diri disaat-saat akhir ketika telah mendapat tawaran membuat persembahan bersama artis-artis lain sehingga Wings tidak lagi diyakini oleh pihak penganjur. Ditambah pula pencapiana Wings merosot dizaman kegawatan ekonomi yang melanda negara. Kemudian Wings lama menghilangkan diri dari publisitinya sehingga ada segelintir peminat menyangka bahawa mereka sudah berpecah. Nama Wings hampir tenggelam dipersada seni tanahair. Wings hilang populariti dan tidak lagi sepopular seperti ketika dahulu sewaktu Wings bersama Awie. Tidak kurang dikalangan peminat yang sering mengait - ngaitkan nama Awie untuk kembali bersama Wings.

Tahun 1999 Wings muncul dengan album kompilasi berjudul Best Of Wings 2. Album tersebut membuat kejutan apabila meletup dipasaran dimana ia terdapat sebuah lagu baharu bertajuk Nasib Kita yang turut mengundangkan penyanyi kumpulan Heavy metal terkenal tanahair iaitu Mael (Real XPDC) yang juga bekas penyanyi kumpulan XPDC. Lagu Nasib Kita yang mengandingkan dua penyanyi yang disegani iaitu Mus dan Mael telah menjadi siulan ramai peminat Rock serta Heavy metal termasuk sekaligus berjaya melonjakkan kembali nama Wings.

Selepas hampir lapan tahun perpecahan antara Awie dan Wings, nama Awie pula sering disebut-sebut oleh para peminat termasuk Bertelsmann Music Group (BMG) Malaysia yang dikhabarkan mahu Awie dan Wings bergabung semula untuk menjayakan album 'Projek Khas' walaupun masih ada perasaan anggota Wings yang masih terluka dengan Awie. Namum Wings harus bersikap terbuka sebagai artis. Disamping itu Wings telah mengeluarkan album terbaharu berjudul Mr. Barbarik pada tahun alaf baharu 2000. Album tersebut dapat mengubati luka dihati anggota-anggota Wings setelah berbagai-bagai dugaan yang melanda semenjak ketiadaan Awie. Album tersebut memang ada kepuasannya dengan menampilan 100% rock dalam kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album tersebut termasuk sebuah lagu duet antara Mus dan Asheed (Def Gab C) bertajuk Singa Dan Harimau. Sebanyak tiga buah album (Tidak termasuk album kompilasi dan satu album studio Double Trouble 2 bersama Search) telah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings. Belum sempat album Mr. Barbarik untuk dibuat promosi dipasaran Mus telah mengumumkan berita tergempar untuk menarik diri dari Wings, sedangkan album tersebut sedang mendapat sambutan baik oleh para peminat setia. Namun Joe, Eddie dan Black terpaksa menghormati keputusan muktamad Mus walaupun mereka bertiga ada sedikit berasa terkilan dengan keputusan Mus. Wings juga menyangkal dakwaan penarikan diri Mus dari Wings adalah kerana beliau kecewa dengan berita Awie bakal kembali bersama Wings. Setelah Mus disahkan berundur tempatnya sah bakal digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, iaitu Awie. Ura-ura Mus bercadang ingin menubuhkan kumpulan terbaharu beliau. Namun cadangan Mus ternyata meleset kerana beliau telah membuat keputusan paling tepat untuk kembali kepangkuan kumpulan asalnya May.

Awie sah kembali menyertai Wings pada hampir penghujung tahun 2000. Setelah lapan tahun, Wings dan Awie buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan di antara M. Nasir dan Marlia Musa. Ketika gabungan itu Wings dan Awie tidak dapat menahan perasaan sebak sehingga mereka berpeluk-peluk dan menitiskan airmata. Dengan kesempatan pertemuan pertama itu Wings dan Awie bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan beberapa buah lagu ketika itu. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan Wings dan Awie telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Wings. Mereka telah menghasilkan sebuah album 'Projek Khas' berjudul Naga Kramat pada tahun 2002. Lagu Ranggi Metropolis menjadi lagu hit utama. Gabungan semula Wings dan Awie serta penghasilan album Naga Kramat juga adalah mahu menguji sejauhmana penerimaan peminat.

Pada tahun 2003 Wings dan Awie buat julung kali mereka diberi kepercayaan penuh oleh pihak Planet Hollywood Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mini (Sunday Night Live) selama empat minggu berturut-turut ditempat bertaraf bintang itu. Ternyata ia mengejutkan, penggabungan semula antara Wings dan Awie untuk mengecapi kembali zaman kegemilangan populariti mereka seperti dahulu ia menjadi kenyataan paling tepat secara impak yang sememangnya sudah dijangka oleh ramai pihak dan para peminat. Nama Wings serta persembahanya kembali bertaraf bintang, bertaring dan berbisa dengan impak. Tidak dinafikan juga Wings kembali bertakhta sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Ini juga dibuktikan apabila setiap persembahan Wings di Planet Hollywood, sambutannya amat luar biasa menurut pihak penganjur.[nyatakan menurut siapa?] Sehingga peminat menyifatkan Awie adalah Wings begitu juga dengan Wings, Wings adalah Awie yang bagaikan aur dan tebing. Dengan penggabungan kembali Wings dan Awie ia telah mendapat sambutan hangat yang luar biasa serta memang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat-peminat setia yang merinduinya. Sah tanpa Awie, Wings tidak mampu berdaya untuk terbang lebih tinggi. Wings tidak lagi layak membuat persembahan ditapak-tapak fun fair dan expo. Sejak penggabungan semula Wings dan Awie, para peminat setia enggan mahu mereka berpecah buat kali kedua. Pada tahun 2004 Wings dan Awie telah membuat keputusan paling tepat apabila mereka mendapat kata sepakat, sebulat suara dan muktamad untuk kekal bersama Wings setelah dapat dikaji dari segi sambutan hangat peminat-peminat setia serta kejayaan demi kejayaan tersendiri untuk kumpulan mereka. Nama Wings dan Awie tidak digunakan lagi, sebaliknya mereka bersetuju untuk mengembali dan mengekalkan penggunaan nama Wings. Ini kerana Wings tidak mahu para peminat keliru tentang perbezaan nama Wings dan Awie.

2006 Wings turut mengadakan konsert di Orange Club Kuala Lumpur yang juga turut habis jualan tiket yang dijual pada hari konsert itu sahaja sehingga ratusan peminat hampa untuk mendapatkan tiket. Konsert tersebut itu adalah konsert malam rakaman untuk album 'live' buat julung kali sepanjang karier Wings yang sebelum ini mereka pernah merancang untuk muncul album 'live' namun gagal. Album 'live' pertama Wings berjudul 'Alive Legend Arisis At Orange 2006' tiba dipasaran padan tahun 2007. Wings sekali lagi dipanggil untuk mengegarkan Planet Hollywood Kuala Lumpur. Wings mencipta sejarah apabila mereka berjaya memecah rekod sebagai artis paling mendapat sambutan dan paling banyak membuat persembahan ditempat bertaraf bintang Planet Hollywood Kuala Lumpur. Inilah kelebihan Wings berbanding dengan artis-artis lain apatahlagi semenjak gabungan semula Wings dan Awie.

Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, Wings tidak seharusnya hanya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan Wings terus bertahan dan kekal popularitinya sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia. Maka ini, inilah sejarah, pengalaman, jatuh bangun dan sukaduka Wings sepanjang kareir dunia seni.

2009 Wings turut mengadakan konsert yang mengegarkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Seperti biasa dan telah dijangka, jualan tiket sudah semestinya habis dijual dalam tempoh yang singkat sehingga ramai peminat yang hampa untuk mendapatkan tiket masuk.

2010 - 2014: Konsert Double Trouble (DT), Orkestra Opera Hidup, Rockestra (Tuxedo) Dan Album Menakluk Kosmos

Kali terakhir Search dan Wings mengadakan konsert Double Trouble adalah pada tahun 1993 di Stadium Negara Kuala Lumpur dimana ia berjaya memukau lebih 10 ribu penonton. Selepas 17 tahun Search dan Wings telah kembali bergabung tenaga dengan mengadakan konsert Double Trouble (DT) pada tanggal 01 Mei 2010 di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Lebih menarik konsert itu telah berjaya memukau hampir 20 ribu penonton. Awie yang pernah satu kali bergelar sebagai penyanyi utama kumpuan Search turut tidak ketinggalan untuk menyampaikan lagu yang disukai ramai seketika dahulu Nur Nilam Sari. Konsert besar yang berjalan lancar itu adalah fenomena yang juga jarang berlaku selain ia berjaya mengaut keuntungan diluar jangkaan dan kos perbelanjaan pentas yang menelan belanja 100 ribu ringgit Malaysia. Perkhidmatan bas RapidKL dan Transit aliran ringan (LRT) juga turut disediakan oleh pihak panganjur bagi kemudahan peminat-peminat yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert berskala besar itu.

Wings melakar sejarah apabila muncul sebagai artis berkumpulan pertama di asia dan ketiga di dunia selepas kumpulan Scorpions dan Metallica berjaya mengadakan persembahan yang diiringi oleh muzik orkestra. Wings diberi pengiktirafan oleh pihak Istana Budaya (IB) untuk menggunakan ruang pentas panggung sari IB yang berprestij itu bagi membuat persembahan. Wings memulakan langkah ke IB, dengan mengadakan konsert disana (IB), sebagai tanda penghargaan setelah 26 tahun dalam arena seni. Konsert yang diberi nama Konsert Wings Opera Hidup[2] yang telah diadakan pada 29 April hingga 02 Mei 2011, menggabungkan Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) dalam sebuah pentas yang sinonim dengan persembahan teater. Seramai 43 pemuzik diiringi 16 penyanyi koir menjadikan sebuah konsert yang dinanti ramai[3]. Konsert tersebut turut menjemput bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Konsert ini juga menampilkan Superfriends yang sama-sama memeriahkan konsert ini seperti Ramli Sarip, M. Nasir, Nashrudin Elias @ Nash Lefthanded, Yantzen Juniwan, Mus May, Hattan, Lan Typewriter, Rosli Mohalim, Man Kidal Lefthanded, Hamzah Mohd Taib @ Kid Search, Hillary Ang, Yan Lefthanded, Edrie Hashim, Ujang Exist, Yazid Search dan Lola[4].

Wings sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak IB buat kali ke 2 untuk terbang lagi di IB. Dengan menampilkan gitaris handalan dari Indonesia, Ian Antono dari kumpulan God Bless, konsert yang bertemakan Konsert Wings Rockestra[5] yang telah diadakan pada 26 - 30 April 2013, bagi menyambut 28 tahun penubuhan kumpulan ini[6]. Terdapat sedikit sebanyak lagu-lagu yang di bawa oleh Wings tidak sama dengan lagu-lagu sebelumnya. Sekali lagi turut menampilkan barisan OSK manakala Joe pula menjadi pengarah muzik konsert ini. Penampilan kali ke 2 di IB itu juga adalah buat kali pertama Wings diarah untuk tampil dengan berpakaian luar biasa iaitu 'Sut atau Tuxedo'. Kemunculan Wings dengan berpakaian imej yang luar biasa tersebut ia mendapat pujian dan keterujaan dari ramai pihak termasuk peminat-peminat kerana ia tampak, nampak lagi lebih kemas, segak dan kacak seperti ahli korporat berpangkat. Wings juga telah memasarkan dalam bentuk CD & DVD untuk konsert di IB kali ke 2 ini.

Selepas 12 tahun lamanya Wings tidak memasarkan album, mereka bakal muncul dengan album terbaharu yang ke11 berjudul Menakluk Kosmos. Kegembiraan Wings untuk para peminat terbantut apabila Wings telah mendapat laporan bahawa terdapat empat buah lagu telah dicetak rompak sebelum album tersebut dipasarkan. Wings ternyata berang dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawap itu lalu mereka bertindak untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Taman Melawati. Tambah dugaan lagi apabila pihak penerbit syarikat KRU Music gagal bertanggungjawap didalam kes tersebut sehingga Wings tidak lagi berupaya untuk menyakini dengan syarikat tersebut untuk berkerjasama lagi dimasa akan datang. Namun segala itu Wings tetap mempromosi dan memasarkan album ke11 tersebut pada tahun 2014. Wings juga tetap berbangga setelah klip video lagu Ingatkan Dia dilaman youtube telah menjadi jutaan tontonan.

2015 - Kini: Konsert Wings OKT, 30 Tahun, Pengunduran Joe Dan Konsert Wings & Superfriends

Kali ke 3 Wings mengegarkan lagi IB pada 10hb - 16 Jun 2015. Kali ini Wings membawa kelainan pengiring pemuzik berbanding sebelum ini. Wings tampil dengan Okestra Tradisional Kebangsaan (OTK) yang diberi nama konsert 'Bongkar Ta' kan Melayu Hilang Di Dunia'. Wings bergabung tenaga dengan kumpulan pengiring pemuzik tradisional. Persembahan ditempat berprestij itu Wings telah disandingkan dengan berpakaian penuh adat istiadat tradisi kepanglimaan melayu. Awie juga turut tidak ketinggalan untuk mempersembahkan aksi undangan silat melayu. Wings membawa sedikit sebanyak kelainan lagu-lagunya berbanding sebelum itu. Persembahan yang dianggap terbaik pada tahun 2015. Wings terus diberi kepercayaan berbanding dengan artis-artis lain oleh pihak IB untuk mengadakan persembahan ditempat yang berprestij itu.

Tanggal 31 Oktober 2015 Wings telah mengadakan konsert berskala besar dan bersejarah yang bertemakan 'Konsert Wings 30 Tahun' di Stadium Merdeka Kuala Lumpur yang berjaya memukau lebih 20 ribu penonton. Tirai konsert berkenaan telah dibuka oleh beberapa artis jemputan iaitu Dato Hattan, Ito Blues Gang, Afdlin Shauki, Azlan & Typewriter, Razlan Kristal, Aweera, Bila (AF 2015), One Nation Emcees serta persembahan lawak oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya. Sejurus tiba kemunculan Wings penonton menjadi semakin gamat, terkejut dan teruja apabila Wings tampil mengimbau kembali dengan berpakaian imej rock 80an. Konsert ini juga adalah konsert untuk kebajikan bagi bersedia memberi sumbangan kepada mangsa - mangsa banjir akan datang. Awie muncul dengan berimej ala-ala penggusti lagenda Hiburan Gusti Dunia (WWE) The Ultimate Warrior. Konsert yang hebat dan bertenaga itu telah dimeriahkan sekali oleh bekas-bekas anggota Wings iaitu Mel, Mus, Sham dan Jojet. Wings telah menyampaikan sebanyak 28 buah lagu popular temasuk sebuah lagu baharu popular 'Ingatkan Dia'. Biarpun cuaca dalam keadaan hujan pada malam itu namun penonton langsung tidak berganjak sehingga konsert yang berjalan lancar itu selesai kira-kira jam pukul 3 pagi. Berbagai kemudahan telah disediakan untuk peminat-peminat setia seperti menyediakan hotel penginapan dengan harga yang berpatutan dan khidmat 'bus shuttle' untuk tarikh konsert itu. Sebelum tarikh konsert tersebut, Wings telah mengambil masa lebih kurang lima bulan untuk turun ke padang dengan menjelajah keseluruh tanahair untuk melancarkan promosi jualan tiket secara besar-besaran sambil diiringi dengan penyatuan beberapa kumpulan kelab motorsikal berkuasa tinggi yang diketuai oleh Awie. Selain itu sebelum tarikh konsert tersebut itu juga Wings turut melancarkan promosi untuk konsert besar itu seperti himpunan artis-artis Malaysia bersama kelab peminat Sayap2Wings di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur dan tidak lama kemudian Wings telah menjayakan 'Hightlights Konsert Wings 30 Tahun' di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Pengunduran, penyingkiran atau pertukaran anggota termasuk penyanyi didalam sesebuah artis berkumpulan memang sudah menjadi perkara lumrah. Kumpulan Wings juga turut tidak terkecuali dari masalah sebegini, seperti anggota sebelum ini iaitu Awie, Mel, Mus, Sham, Black dan Jojet pernah terbang untuk bertukar angin atau berundur dari Wings. Terkini khabar angin giliran Joe pula telah terbang mula hangat diperkatakan dibeberapa laman blog internet. Dipenghujung tahun 2016 peminat digemparkan khabar angin berita Joe disingkir oleh Awie dari Wings. Khabar angin itu menular dibeberapa laman blog internet dengan sekelip mata dan sekaligus menjadi seribu dalam satu persoalan oleh para peminat melalui dilaman sosial. Namun Awie enggan mengulas berita khabar angin itu dan beliau meminta kepada semua pihak agar mereka diberi ruang untuk menyelesaikan kemelut khabar angin itu. Dalam daripada itu juga Awie menafikan Joe telah disingkir dari Wings dan Awie akui bahawa Joe masih lagi bersama Wings. Ini berikutan Awie mahu menenangkan situasi para peminat yang begitu resah dengan khabar angin itu. Manakala Joe sering mengelakkan diri untuk ditemuramah oleh wartawan. Turut menjadi seribu persoalannya juga, Wings muncul tanpa Joe dalam konsert jemputan di dua tempat yang berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Melaka. Selagi Awie dan Joe tidak mengeluarkan sebarang jawapan sah tentang khabar angin tersebut selagi itu para peminat begitu resah dan tidak sabar-sabar untuk mengetahui jawapan sebenar berita yang sahih itu. Setelah beberapa bulan khabar angin itu tersebar luas dilaman sosial, akhirnya pada tahun 2017 Awie mengumumkan dan menjawap kesahihan berita itu bahawa Joe sah berundur dari Wings. Sumber mendapati ia adalah berpunca Joe atas kegagalan konsert di Kota Kinabalu Sabah yang sepatutnya berlangsung pada Disember 2016. Biarpun Joe telah disahkan terbang dan membawa haluannya, Awie tetap enggan memberi ulasan lebih lanjut kepada wartawan tentang kemelut pengunduran Joe kerana beliau mahu menjaga semangat keharmonian sahabat bintang sejagatnya (Joe) itu dan lain-lain pihak terdekat, begitu juga sebaliknya Joe turut enggan mengulas lanjut kepada wartawan tentang kemelut yang melanda dirinya dengan Wings. Kepincangan antara Joe dari kumpulan itu turut merencatkan Wings sehingga rata-rata peminat setia tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa yang telahpun menjadi bahan perbualan hangat dan kritikan hebat dilaman sosial kerana keserasian antara Joe dan Wings yang sudah begitu lama bersama serta sudahpun dianggap seperti adik beradik. Peminat-peminat beranggapan Wings tidak sempurna tanpa Joe yang diibarat Keris Tak Bersarung. Berita musibah ini juga adalah titik hitam yang menimpa dalan karier Wings. Kini Wings tinggal bertiga iaitu Awie, Eddie dan Black. Awie tetap memperjuangkan Wings walaupun tanpa Joe yang dikasihi Wings. Disamping itu Awie telah membuat keputusan muktamad atau kata putus bahawa Wings tidak akan mencari pengganti pemain gitar utamanya dan juga tidak bermusuh dengan Joe mahupun diri Joe sendiri yang juga tidak bermusuh dengan Awie. Joe akui tetap menyokong Wings secara terbuka. Awie dan Joe tidak sesekali timbul perasaan dendam atau benci diantara satu sama lain. Manakala Awie akui lebih selesa bertiga dalam Wings. Tidak lama kemudian Joe mendapat angin baharu dengan menampilkan kumpulan terbaharunya iaitu Prime Domestic setelah 28 tahun beliau mengharungi sukaduka bersama Wings. Sementara itu kemunculan pertama Prime Domestic Joe meminta kepada semua pihak agar hanya Wings sahaja yang tahu dan tiada lagi mana-mana pihak yang masih menyoal tentang kemelut pengundurannya dari Wings. Sehingga kini rata-rata para peminat setia tetap berharap kemelut yang melanda antara Joe dan Wings dapat mengakhirkan kata sepakat agar Joe kembali kepangkuan Wings yang kini dikatakan patah sebelah sayap.[7]

Buat kali ke 4 Wings mengegarkan lagi IB dengan buat julung kali tanpa kelibat Joe selaku pemain gitar utama sejak beliau menyertai Wings dalam tempoh 28 tahun. Konsert yang bertema Wings & Superfriends - Belenggu Irama - berlangsung pada 6, 7, 8 dan 9 April 2017. Nama Syam (Bekas pemain asal gitar utama Wings) sering disebut-sebut oleh para peminat untuk menggantikan tempat kekosongan Joe untuk konsert kali ini kerana ia pilihan paling tepat dengan tema album pertama 'Belenggu Irama'. Konsert kali ini adalah konsert kebajikan untuk membantu artis-artis yang pernah menaikkan irama rock yang kini telah ditimpa musibah, teraniaya dan kesusahan khas untuk Yazid (Search) dan sebagainya. Konsert itu juga turut dimeriahkan oleh penyanyi no. 1 negara Dato Siti Nurhaliza yang menyampaikan lagu 'Sejati' selain itu Dato Hattan, Dato M. Nasir, Ito Blues Gang, Razlan (Kristal), Dato Nash, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Sahara Yaakob dan ramai lagi. Lebih berbangga jualan tiket konsert itu habis dijual dalam tempoh empat malam berturut-turut.

Setelah Wings menjayakan konsert di IB buat kali ke 4 pada bulan April 2017 Awie, Eddie dan Black telah bersetuju untuk menggunakan nama Wings & Superfriends kerana Wings telah mendapat kata sepakat untuk menggunakan khidmat dua pemain gitar utama undangan iaitu Syam dan Edrie sebagai Superfriends. Kini Syam dan Edrie menganggotai kumpualn Wings yang menjadikan 5 orang anggota.

Rujukan

WikiPedia: Wings_(kumpulan_muzik_Malaysia) http://kisah69.blogspot.com/2012/04/trivia-kumpula... http://www.facebook.com/wingsmotorgangsociety //scholar.google.com/scholar?q=%22Wings%22+kumpula... //www.google.com/search?&q=%22Wings%22+kumpulan+mu... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Wings... //www.google.com/search?q=%22Wings%22+kumpulan+muz... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Wings%22+ku... http://www.limauais.com/konsert-wings-opera-hidup-... http://www.ohbulan.com/gambar-konsert-wings-opera-... http://malaymp3.info/?s=wings