Woodrow_Wilson
Woodrow_Wilson

Woodrow_Wilson

Thomas Woodrow Wilson (28 Disember 18563 Februari 1924) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-28 (1913–1921). Sebagai penganut Presbiterian, ia tercatat dalam sejarah dan ahli politik yang kuat agama. Sebagai seorang tokoh reformasi Demokrat, ia terpilih sebagai Gabernor New Jersey yang ke-34 (1910) dan sebagai Presiden pada tahun 1912. Ia memegang jawatan dari tahun 1913 sampai 1921. Ia lahir di Staunton, Virginia (Amerika Syarikat) dan meninggal pada 3 Februari 1924. Wilson berasal dari Parti Demokrat.Selama memegang jawatan, Wilson didampingi oleh wakil presiden Thomas R. Marshall. Semasa jawatannya ada peristiwa-peristiwa penting iaitu: berakhirnya Perang Dunia I, pembentukan Liga Bangsa-Bangsa (pelopor PBB), kemerdekaan banyak negara di Eropah dan munculnya hegemoni Amerika Syarikat sebagai negara adidaya. Tetapi sewaktu itu Amerika Syarikat masih enggan mencampuri urusan dunia. Ia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel tahun 1919 atas jasanya mendirikan Liga Bangsa.Woodrow Wilson adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-28, dan memegang dua kali masa jawatan dari tahun 1913 hingga 1921.