Model WorldCat

WorldCat beroperasi dengan model pemprosesan kelompok dan bukannya model masa nyata. Dalam kata lain, rekod-rekod WorldCat diseragamkan secara berjeda menggunakan katalog-katalog perpustakaan dan bukannya setiap hari ataupun dalam masa nyata. WorldCat akan menunjukkan bahawa sesuatu item itu dipunyai oleh perpustakaan tertentu, akan tetapi tidak memberi nombor panggilan perpustakaan atau menyatakan sama ada judul itu telah dipinjamkan. WorldCat juga tidak menunjukkan sama ada perpustakaan itu memiliki salinan berganda sesuatu judul. Sebagai pilihan, WorldCat membenarkan institusi yang menjadi ahlinya memuatkan pautan kepada sesuatu item itu secara langsung daripada WorldCat kepada katalog milik perpustakaan dan dengan ini membolehkan pengguna untuk membuat kepastian tentang status waktu nyata item tersebut.