Sejarah WorldCat

Katalog ini dibuat pada tahun 1971 dan sehingga setakat Januari 2013[update], mengandungi lebih daripada 289 juta rekod unik yang merujuk kepada lebih daripada 1.93 bilion aset fizikal dan digital dalam lebih daripada 470 bahasa.[4] WorldCat ialah pangkalan data Bibliografi terbesar di dunia. OCLC menjadikan WorldCat percuma kepada perpustakaan, tetapi katalog menjadi asas perkhidmatan berbayar OCLC (seperti perkongsian sumber dan pengurusan himpunan). WorldCat diasaskan Fred Kilgour, seorang pustakawan dari Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1967.[5]

Pada tahun 2003, OCLC memulakan rancangan perintis Open WorldCat yang menyediakan rekod ringkas daripada subset WorldCat kepada rakan-rakan laman sesawang dan para penjual buku yang bertujuan untuk meningkatkan ketercapaian himpunan perpustakaan yang menjadi ahlinya. Pada tahun 2006, WorldCat membolehkan pencarian secara langsung di tapak sesawangnya. Pada tahun 2007 pula, sistem kepercaman iaitu WorldCat Identities mula menyediakan laman bagi 20 juta 'kepercaman', sebahagian besarnya pengarang dan orang yang menjadi subjek judul-judul tercetak.