World_Cargo_Airlines

Perkhidmatan Penerbangan Gading Sari adalah perkhidmatan kargo udara Malaysia yang beroperasi bagi pihak Poslaju. Oleh kerana mereka masih belum memiliki sebarang logo, mereka menggunakan logo Poslaju dan Pos Malaysia pada pesawat mereka. Pada masa kini, mereka mengendalikan satu Boeing 737-200, yang disewa dari Perkhidmatan Udara Transmile.World Cargo Airline Sdn Bhd (Syarikat Penerbangan Kargo Dunia) ialah penjenamaan semula Pos Asia Cargo Express Sdn Bhd yang dahulunya dikenali atau lebih diketahui dalam singkatannya sebagai POS ACE. Ia adalah syarikat penerbangan di Malaysia yang memegang Sijil pengendali udara (AOC) yang diluluskan untuk pengendalian pesawat kargo di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pada masa ini, syarikat penerbangan itu mengendalikan 1 Boeing 737-400F ke bandar-bandar Malaysia Timur (Malaysia Borneo) seperti Kuching, Miri, Kota Kinabalu, Tawau dan Sibu serta bandar-bandar di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) seperti Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Bharu. [4] Pesawat kedua, Boeing 737-800F pertama di Asia Tenggara [5], mula beroperasi pada Tarikh 23 Mac 2021. Pesawat ketiganya, Boeing 737-300 dengan nombor pendaftaran (9M-WCM) mula beroperasi pada November 2021. [6]

World_Cargo_Airlines

Ibu pejabat Malaysia
Syarikat induk Asia Cargo Network Sdn Bhd [1] & Pos Aviation Sdn Bhd [2]
Pekerja 167
Laman web www.asiacargonetworkgroup.com
Ditubuhkan 1996; 26 tahun yang lalu (1996)
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
Orang penting Iman Marco (CEO) [3]
Faiz Jabbarullah (COO)
Pesawat 3 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini)
IATAICAOPengenal
IATAICAOPengenal
3GWCM / GSB (Kod ICAO Bekas)World Cargo / GADING SARI (Nama Panggilan bekas)
Destinasi 13 (jumlah keseluruhan destinasi untuk masa kini)

Rujukan

WikiPedia: World_Cargo_Airlines https://wca.asiacargonetworkgroup.com/index.php/en... https://www.asiacargonetworkgroup.com/ https://www.asiacargonetworkgroup.com/companies/wo... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res... https://cargofacts.com/allposts/business/strategy/... https://centreforaviation.com/data/profiles/airlin... https://www.ch-aviation.com/portal/news/97356-mala... https://www.ch-aviation.com/portal/news/99172-mala...