X.25

X.25 ialah sejenis set protokol jaringan yang mematuhi piawaian ITU-T. Rangkaian X.25 memerlukan talian ISDN atau telefon.Ia menjelaskan banyak piawai berkenaan dengan keadaan fizikal jaringan, Pautan Data serta lapisan Jaringan OSI(Open Systems Interconnection) yang menyamai Lapisan Capaian Jaringan (Network Access Layer) berasaskan model protokol DOD.X.25 diberi nama umum, Packet switched network yang diberikan kepada kelompok pembekal X.25 sedunia yang biasanya terdiri dari syarikat telefon nasional. Gabungan jaringan-jaringan mereka pada tahun-tahun 1980an hingga '90an merangkumi satu jaringan global yang luas dan masih lagi digunakan terutamanya dalam sistem-sistem transaksi.