Sejarah X.25

X.25 telah dibangunkan oleh ITU Study Group VII berasaskan beberapa projek jaringan data yang muncul pada waktu itu. Beberapa ubahsuai dan tambahan dalam piawaian telah akhirnya dicatatkan dalam siri-siri buku teknikal ITU yang menerangkan pelbagai sistem telekom. Buku-buku ini diterbitkan setiap tahun keempat dengan menggunakan warna-warna kulit buku yang berbeza.