Menu
X1_(kumpulan_muzik) SejarahRencana utama: Produce X 101
X1 ditubuhkan menerusi rancangan realiti Produce X 101, yang disiarkan di Mnet dari 3 Mei 2019, sehingga 19 Julai 2019. Daripada awal 101 peserta yang mengambil bahagian, 10 yang terakhir dipilih daripada baki 20 pelatih oleh undian penonton pada minggu terakhir persembahan. Ahli terakhir, yang dikenali sebagai ahli pangkat X dipilih dari pelatih yang tinggal yang mempunyai undian tertinggi daripada episod 1 hingga akhir. Semua ahli diumumkan melalui siaran televisyen secara langsung pada 19 Julai 2019.
Sebelum program ini bermula, kebanyakan ahli telah aktif dalam industri muzik. Cho Seungyoun memulakan debut sebagai ahli UNIQ pada tahun 2014.Dia juga mempunyai kerjaya solo di bawah nama pentas Luizy dan merupakan penerbit di bawah nama WOODZ. Beliau terkenal dengan menghasilkan salah satu lagu debut evaluation Idol Producer yang itu "It's Okay". Kim Wooseok memulakan debut sebagai ahli UP10TION di bawah nama Wooshin pada bulan September 2015, dan merupakan bekas pengacara untuk The Show bersama center Produce 101 bekas ahli I.O.I Jeon So-mi. Han Seungwoo memulakan debut sebagai ahli dan ketua kumpulan VICTON pada November 2016. Lee Hangyul sebelum ini memulakan debut sebagai ahli IM projek kumpulan sementara MBK Entertainment dan bersaing dengan ahli-ahli IM di dalam The Unit: Idol Rebooting Project di mana dia berada di tempat ke-13. Fellow MBK Entertainment, Nam Dohyun adalah seorang peserta dalam Under Nineteen sebagai ahli Rap Team dan berada ditempat ke-42 di rancangan tersebut.
Selepas program ini, peserta Top 11 akan menandatangani kontrak dengan syarikat Swing Entertainment & Stone Music Entertainment, label yang menempatkan pemenang Produce 101 (musim 2) iaitu Wanna One. Ianya juga telah diumumkan bahawa program realiti dan album debut sedang dihasilkan dengan pengeluaran sasaran yang ditetapkan beberapa waktu pada bulan Oktober 2019. Mereka debut pada 27 Ogos 2019 dan debut showcase diadakan di Gocheok Sky Dome.[3] Pada 1 Ogos, telah diumumkan bahawa album debut mereka akan dinamakan Emergency: Quantum Leap dengan single utama "Flash", komposer oleh Score, Megatone dan Onestar (Monotree).[4] Pada 3 September, X1 memenangi persembahan muzik pertama mereka menerusi SBS MTV The Show seminggu selepas debut.[5]
Pada 6 Januari 2020, CJ ENM, Swing Entertainment, dan agensi individu ahli mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masa depan kumpulan.[6] Mesyuarat itu mengambil masa kira-kira 10 minit, dengan empat agensi yang mengundi untuk meneruskan, empat agensi yang mengundi untuk dibubarkan, dan satu agensi yang undinya tidak jelas dan akhirnya dibuang. Ahli-ahli tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat. Pada mulanya, X1 telah merakam lagu dan Swing Entertainment telah mencadangkan untuk mengeluarkanya sebagai lagu selamat tinggal, tetapi cadangan itu ditolak.[7] Selepas hari itu, agensi-agensi telah mengumumkan bahawa mereka tidak dapat mencapai persetujuan dan memutuskan pembubaran.[6]
Menu
X1_(kumpulan_muzik) SejarahBerkaitan
X1 (kumpulan muzik) X (Kylie Minogue album)Rujukan
WikiPedia: X1_(kumpulan_muzik) http://www.billboard-japan.com/charts/detail?a=hot... http://produce-x-101.mnet.com/ http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://m.news1.kr/articles/?3657603 https://www.billboard.com/charts/japan-hot-100/201... https://www.billboard.com/charts/world-albums/2019... https://www.billboard.com/charts/world-digital-son... https://www.forbes.com/sites/caitlinkelley/2019/02...