Sejarah XPDC

Sebelum nama Tragedy ditukarkan kepada XPDC, pada tahun 1986, kumpulan Tragedy yang telah diasaskan oleh Mael. Manakala Mael juga selaku (Vokalis) dalam kumpulan ini juga dianggotai oleh Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar Apache.

Nama kumpulan Tragedy di pada mulanya diasas kan oleh mael kemudian atas nasihat J. S kevin, nama Tragedy ditukarkan kepada XPDC. J. S kevin selaku pengasas nama XPDC.

Ketika mereka mula merangkak mencipta namanya, pemain drum mereka Lee Space mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh Amy bekas anggota kumpulan HANDY BLACK. Dalam album studio Darjah Satu, Amy bermain dalam semua lagu album studio itu. Lee Space kemudian menyertai kumpulan Def Gab C. Yazid ("Wak Kang") yang pernah menjadi pemian drum XPDC kemudian menggalas tugas sebagai pengurus kumpulan XPDC.

Kumpulan XPDC mula mencipta nama dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan Z. N. Kevin dan lirik oleh J. S Kevin. Lagu tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990 dengan persembahan mantap XPDC.

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata - rata peminat dan pengiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 350, 000 unit. Ia satu pencapaian jualan album yang terbaik XPDC sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dipasaran. Selepas itu, Mael dengan bukan rela hatinya meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman dan konsert XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi. Amy terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan serius. Lola yang ditemui oleh XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert XPDC Brutal yang dianggotai oleh Ali, Izo, Zua dan Lola pada bulan April 1998 di Stadium Negara Kuala Lumpur telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings. Suara garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' telah mencuri ramai perhatian dan keterujaan para peminat yang di lihat seperti ala - ala kumpulan Metallica. Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. Ali bersama XPDC semakin popular dengan perhatian aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga sesuai dikatakan dengan judul 'Brutal'. Konsert berskala besar tersebut ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton lebih 10, 000 penonton selain ia dikatakan XPDC kumpulan no. 1 Malaysia serta mengeluarkan dalam bentuk CD dan VCD dipasaran.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali bersama XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael. XPDC semakin sibuk seterusnya mengeluakan klip video album Samurai. XPDC yang telah digelar sebagai kumpulan rock no. 1 Malaysia sering menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti aksi 'Head Banging' walaupun kumpulan ini masih lagi dikritik hebat oleh segelintir peminat. Persembahan di pentas mereka juga sering dibanjiri dengan ribuan penonton.

Pada awal tahun 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata Search yang popular lagu Nur Nilam Sari dan tidak lagi diwakili oleh Amy (bekas Search) konsert gergasi tersebut telah dikuasai oleh penonton XPDC. Walaubagaimanapun XPDC tetap merasa merendah diri terhadap Search yang lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC dalam industri muzik.

Amy yang mengalami kecelakaan jalanraya tidak berupaya memainkan lagu - lagu rancak lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Selangor.

Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini juga tidak berjaya dan album gagal, walaupun hasrat Zua untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokal tercapai. Yan (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir sejak album Darjah Satu.

Namun setelah beberapa lama, penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search dan tempatnya diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Namun Lola juga tidak lama dengan Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005.

Pada tahun 2015, XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan konsert Rockestra kerana isu yang tidak dapat dielakkan. XPDC telah berpecah kepada dua selepas itu. Mael mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang lineup pada masa itu (Mael, Izo, Eddie dan Lola) kerana isu rockestra dan mencari anggota asal XPDC iaitu Zuar, Amy dan memanggil Jeff Giegiel sebagai gitaris untuk membentuk XPDC Kita Peng - yu yang rasmi. Ali pula telah membuat keputusan untuk bersama semula dengan Izo (hanya Izo yang hanya kekal dengan XPDC dari 1989 - kini) dan kini kedua-dua band aktif membuat persembahan.Namun atas komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh anggota -anggota XPDC yang lain, XPDC tetap berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia dan Muzik XPDC tetap menjadi siualan ramai walaupun telah bertukar vokalis.

Sepanjang tahun 2017, XPDC yang di barisi oleh Mael, Jeff, Zuar dan Amy telah menjayakan beberapa konsert besar antaranya konsert Rockstage - Sound Of War XPDC & FTG yang diadakan pada 7 Oktober 2017 dan akan menjayakan konsert Metal Legends XPDC & Cromok pada Februari 2018. Manakala XPDC yang dibarisi Ali, Izo, Arif Izo, Eddie dan Lola telah menjayakan konsert Metal Return 1.0 bersama dengan kumpulan May dan Public Distortion 2017 bersama Kumpulan Prime Domestic. Nama XPDC ini telah di patenkan oleh Life record dan Life record telah memberi kebenaran untuk kedua - dua band menggunakan nama XPDC.

Kedua - dua band merancang untuk mengeluarkan album. XPDC Ali, Izo, Eddie dan Lola telah menyiapkan proses rakaman album pada hujung 2017 dan akan memasarkannya pada 2018. Bagi XPDC yang diketuai oleh Mael pula akan mengeluarkan Album Tribute to Metallica dengan lirik dalam Bahasa Melayu.

2005 (penghujung tahun)

Pada tahun ini XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae membawa haluan sendiri dengan menubuhkan kumpulan Mpire. Percubaan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded.Ketika ini XPDC giat dengan konsert-konsert di seluruh pelusuk negara dengan lokasinya tertumpu di tapak-tapak ekspo.

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.

2008

Pada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

2009

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

2011

XPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).

2014

Pada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.

2015

Pada 6 Jun 2015, XPDC yang kini dibarisi Mael, Izo, Eddie dan Lola telah muncul dalam konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini yang diadakan di Stadium Merdeka bersempena menyambut ulang tahun ke-26 penubuhan kumpulan ini. Di penghujung tahun 2015 setelah dilanda pelbagai masalah dalaman dan juga kegagalan Konsert Rockestra XPDC : Aku Masih Di Sini, kumpulan XPDC kembali di landa masalah lama termasuk Mael dan Izo kembali bersengketa di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu namun Izo membawa kembali barisan XPDC V6 (Ali, Izo dan Lola selain Eddie (bekas gitar bass Def Gab C dan juga dikenali sebagai "Din Taring" semasa menjadi bassis kumpulan Amuk) manakala Mael membawa kembali Zua dan Amy membentukkan kumpulan XPDC juga[1] dan tempat Izo digantikan oleh Jeff (bekas gitar utama kumpulan Real X dan Giegil).

Masalah timbul apabila kedua-dua kumpulan XPDC versi Mael dan Izo mempertahankan hak masing - masing untuk menggunakan nama XPDC.[2] Kedua-dua kumpulan ini masih menggunakan nama yang sama dan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan Pesta Pulau Pinang. Sehingga kini penggunaan nama XPDC masih belum diputuskan boleh digunakan oleh kumpulan mana, mengikut Life Records hak dan nama XPDC adalah milik Life Record yang didaftarkan pada tahun 1998.[3]

Kemaskini XPDC terbahagi kepada 2 kumpulan dengan 1 nama kumpulan yang sama iaitu XPDC 'Kita Peng Yu' (Mael) dan XPDC 'Militia' (Izo) termasuk perbezaan kedua - dua logo kumpulan tersebut. Kedua - dua kumpulan XPDC telah mendapat persetujuan untuk membuat perbezaan tambahan nama XPDC (Kita Peng Yu dan Militia) dan sedikit rombakan loga kerana ia adalah untuk mengelak kekeliruan para peminat. Logo XPDC sejak 1994 (album Kita Peng Yu) dimiliki oleh barisan Izo.

XPDC 'Kita Peng Yu'

  • Mael (Penyanyi)
  • Jeff ( Gitar Utama)
  • Zuar (Gitar Bass)
  • Amy (Drum)

XPDC 'Militia'

  • Ali (Penyanyi)
  • Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
  • Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
  • Eddie (Gitar bass)
  • Lola (Drum)