Sejarah XVideos

XVideos berfungsi sebagai pengumpul media lucah, sejenis laman sesawang yang memberikan capaian kepada kandungan bersifat dewasa yang serupa seperti perkhidmatan YouTube yang mengumpul kandungan bersifat umum.[8][9] Klip video dari video buatan profesional (kadangkala diciplak) bercampuraduk dengan video buatan amatur dan jenis kandungan lain.[8][9] Pada tahun 2012, XVideos merupakan laman sesawang lucah yang terbesar di dunia dan mempunyai lebih dari 4,4 bilion paparan halaman sebulan.[10] Fabian Thylmann, pemilik MindGeek, pernah mencuba untuk membeli XVideos pada tahun 2012 bagi memonopoli laman sesawang tiub lucah. Pemilik XVideos berbangsa Perancis pemilik dilaporkan telah menolak tawaran yang lebih daripada $120 juta dengan berkata, "Maaflah, saya kena pergi bermain Diablo II."[9] Pada tahun 2014, XVideos telah mencetuskan kontroversi dengan cubaan untuk memaksa pembekal kandungan membuat pilihan sama ada berjanji memadam video dari akaun mereka atau menutup akaun mereka dengan kadar segera.[11]

Rujukan

WikiPedia: XVideos http://www.el-nacional.com/noticias/sociedad/cantv... http://www.firstpost.com/india/xvideos-com-subtle-... http://www.bgr.in/news/xvideos-college-humor-lash-... http://www.ibtimes.co.in/malaysia-porn-ban-xvideo-... http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-212... https://www.alexa.com/siteinfo/xvideos.com https://avn.com/business/articles/legal/after-yest... https://avn.com/business/articles/technology/xvide... https://www.bbc.com/news/technology-38637003 https://www.economist.com/news/international/21666...