Sejarah Xbox

Pada tahun 1998, empat jurutera dari kumpulan DirectX, Kevin Bachus, Seamus Blackley, Ted Hase dan ketua kumpulan Otto Berkes telah menyahpasang beberapa komputer peribadi keluaran Dell untuk membina prototaip konsol permainan video yang berasaskan kepada Windows, dengan harapan konsol keluaran Microsoft nanti mampu bersaing dengan konsol PlayStation 2 dari segi jualan dan minat para pembangun permainan video untuk membangun permainan video[4]. Pada ketika itu, mereka telah berjumpa dengan Ed Fries, ketua bagi bahagian permainan video Microsoft untuk mengemukakan idea konsol DirectX Box, yang berasaskan kepada teknologi DirectX yang dibangunkan oleh kumpulan Berkes[5].

Pada bulan Mac 2000, semasa dalam acara Game Developers Conference, ketua eksekutif Microsoft Bill Gates telah mengumumkan yang Microsoft akan memasuki dunia konsol permainan video dengan pengenalan konsol pertama mereka iaitu Xbox[6]. Konsol ini merupakan konsol pertama yang menggunakan cakera keras dan sambungan jalur lebar terbina pertama[5]. Pada bulan yang sama juga, rekod menunjukkan konsol PlayStation 2 mencatatkan jualan yang memberangsangkan manakala jualan konsol Sega Dreamcast pula semakin merosot[7]. Bill Gates juga pernah didatangi presiden Sega Isao Okawa beberapa kali untuk berbincang mengenai kemungkinan pemindahan aset-aset Sega ke Xbox yang juga akan membolehkan pengguna konsol Dreamcast bermigrasi ke konsol Xbox[8]. Namun begitu, perbincangan ini tidak menjadi kenyataan apabila pihak Microsoft tidak bersetuju dengan cadangan Isao untuk memasukkan fungsi sambungan ke Internet untuk permainan video yang dikeluarkan untuk konsol Dreamcast[9].

Sambutan terhadap konsol keluaran Microsoft ini semakin meningkat setelah Microsoft membeli syarikat pembangun permainan video Bungie Studio yang terkenal dengan siri permainan video Halo. Pada tahun 1999, pembangun Bungie Studio melancarkan permainan video Halo kepada umum yang boleh dimainkan menggunakan platform Windows atau Mac OS X[6]. Pembelian ini membolehkan pihak Microsoft menggunakan siri permainan video Halo sebagai yang ekslusif hanya untuk konsol Xbox.

Bill Gates melancarkan konsol Xbox secara rasmi kepada umum semasa acara Consumer Electronics Show pada tahun 2001 bersama peninju WWE jemputan The Rock dengan permainan video rasmi pertama untuk konsol ini ialah Halo: Combat Evolved[7].


Rujukan

WikiPedia: Xbox http://money.cnn.com/2006/05/09/technology/e3_micr... http://www.ign.com/articles/2001/11/02/ripping-and... http://kotaku.com/5447897/how-xbox-could-have-help... http://www.pcmag.com/article2/0,2817,2427357,00.as... http://old.seattletimes.com/html/technologybrierdu... http://www.techradar.com/news/gaming/consoles/ten-... http://www.tomsguide.com/us/dreamcast-xbox-sega-mi... http://www.wired.com/wired/archive/9.11/flex.html http://www.xbox.com/ http://www.xbox.com/zh-SG/community/news/2006/2006...