Spesifikasi Xbox_360

Perkakasan

Pembangunan cip mikropemproses bermula seawal tahun 2003 apabila syarikat Microsoft dan IBM memetrai perjanjian yang menyaksikan pihak IBM membangunkan cip mikropemproses khas untuk konsol Xbox 360 yang diberi kod nama Waternoose[15]. Cip ini dibangunkan berdasarkan kepada binaan IBM PowerPC. Ketiga-tiga teras yang terdapat dalam cip ini merupakan versi yang telah diubaisuai daripada cip mikropemproses Cell yang digunakan dalam konsol PlayStation 3[16]. Cip ini mampu menjalankan sebanyak 9.6 billion Dot product.

Syarikat elektronik ATI pula membangunkan cip mikropemproses grafik untuk konsol ini. ATI Xenos dibangunkan dengan kod nama "C1", walaupun ramai yang mengaitkan cip Xenos dengan nama R500[17] dan memakan masa hampir 2 tahun untuk disiapkan. Cip ini memakan lengah masa sebanyak 25GB/s dari cip mikropemproses utama[18].

Pada awal pelancaran konsol Xbox 360, ianya dilengkapi dengan pemacu cakera DVD berkelajuan 12x, yang mampu membaca data sebanyak 15.85 MB/s[19]. Pemacu cakera DVD ini pula dibuat oleh syarikat LG dan Toshiba. Bermula pada bulan November 2006, konsol ini dilengkapi dengan pemacu cakera DVD yang dibuat oleh BenQ, yang dipercayai mampu membaca data yang lebih pantas serta kurang bunyi dikeluarkan[20].

Sistem teras
Cip mikropemprosesUtama: PowerPC Tri-Core Xenon berkelajuan 3.2 GHz

Grafik: ATI Xenos berkelajuan 500 MHz

RAM512 MB GDDR3
RAM video512 MB GDDR3 (berkongsi dengan RAM utama)[21]
Grafik dan suara
Palet warna32-bit
Resolusi skrin480i, 480p, 720p, 1080i, 1080p (HD)
Saluran audioDolby Digital 5.1 Surround Sound

Perisian

Xbox 360 Dashboard merupakan nama bagi antaramuka grafik yang digunakan dalam konsol Xbox 360. Ianya terkandung dalam sistem data sebanyak 16MB dan menggunakan memori utama tidak lebih dari 32MB[22]. Kemaskini antaramuka ini boleh didapati dan dimuat turun dari perkhidmatan atas talian Xbox Live dan ianya akan dikemas kini secara automatik ke dalam konsol. Kemaskini Xbox 360 Dashboard juga boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Xbox ke komputer peribadi dan kemudian memindahkan data tersebut ke pemacu mudah alih yang akan dibaca konsol sebelum memulakan proses kemaskini. Antaramuka grafik ini boleh dilancarkan secara automatik apabila konsol ini dihidupkan tanpa memasukkan cakera atau apabila pemacu cakera dibuka dan pengguna boleh memilih sama ada ingin melancarkan secara automatik atau tidak. Versi ringkas antaramuka ini boleh diakses bila-bila masa dengan menekan butang Xbox Guide pada alat pengawal. Versi ringkas ini akan memaparkan ikon avatar pengguna (Gamercard), mesej dari Xbox Live dan senarai rakan.

Dalam acara E3 2008, semsa persembahan dari Microsoft, mereka mengumumkan antaramuka grafik terbaru untuk konsol Xbox 360 yang diberi nama New Xbox Experience (NXE)[23]. Kemaskini antaramuka grafik ini dilakukan bagi memudahkan pengguna bernavigasi dengan menu-menu yang terdapat pada antaramuka grafik konsol ini[23]. Teras bagi NXE ini menggunakan Twist UI yang sebelum ini digunakan pada Windows Media Center dan Zune[24]. Manakala versi ringkas pula mengekalkan ciri-ciri yang terdapat pada antaramuka grafik Dashboard[24]. Antara ciri-ciri baru yang terdapat pada NXE ialah pengguna boleh menonton filem-filem dan rancangan television berformat 720p yang distrim dari Netflix menerusi Xbox 360. Ciri ini hanya terdapat di kawasan Amerika Syarikat dan Kanada dan pengguna memerlukan langganan Xbox Live Gold serta Netflix Unlimited[25].

Alat pengawal

Butang Xbox Guide serta Back di bahagian kiri dan Start di bahagian kanan.

Alat pengawal Xbox 360 merupakan alat pengawal utama yang digunakan untuk konsol Xbox 360 dan telah diperkenalkan semasa acara E3 tahun 2005. Alat pengawal ini dikeluarkan dalam versi berwayar dan tanpa wayar. Kedua-dua versi alat pengawal ini juga boleh digunakan untuk komputer peribadi yang menjalankan sistem operasi Windows seperti Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Alat pengawal versi tanpa wayar dikuasakan oleh sama ada menggunakan bateri kering jenis AA atau pek bateri boleh cas semula. Manakala versi berwayar pula boleh disambungkan ke input USB yang terdapat pada badan konsol.

Alat pengawal standard mempunyai 11 butang digital, dua pengawal kayu ria analog, sebuah pad arah (D-pad) dan 2 butang picu analog. Butang Xbox Guide yang dilabel dengan logo Xbox, Start dan Back terletak di tengah-tengah alat pengawal ini. Butang Xbox Guide digunakan untuk menghidupkan konsol dan alat pengawal serta mengakses menu pada antaramuka grafik pada konsol ini dan ianya dikelilingi dengan lampu cincin yang akan berkelip apabila alat pengawal dalam proses untuk menyambung ke konsol serta memberi notifikasi kepada pengguna.

Rujukan

WikiPedia: Xbox_360 http://www.kotaku.com.au/2010/11/report-foxconn-wo... http://www.beyond3d.com/content/articles/4/2 http://www.businessweek.com/innovate/content/aug20... http://news.cnet.com/2100-1043-5063661.html http://www.dailytech.com/article.aspx?newsid=5997 http://www.digitaltrends.com/gaming/the-history-of... http://www.engadget.com/2005/09/15/xbox-360-launch... http://www.engadget.com/2005/09/27/the-origen-xbox... http://www.engadget.com/2005/09/28/more-to-the-ori... http://findarticles.com/p/articles/mi_zd1up/is_200...