Pengangkutan Xi'an

Kereta api

Xi'an memiliki enam buah stesen kereta api penumpang, dan stesen kereta api Xi'an serta stesen kereta api Xi'an Utara ialah stesen kereta api utama bandar. Stesen kereta api ini ialah salah satu stesen api utama negara, serta hab pengangkutan utama wilayah Shaanxi. Stesen ini berkeluasan 597,000 meter persegi dengan lima buah platform penumpang dan 24 batang landasan. Stesen kereta api Xi'an Utara siap pada 11 Januari 2011 dan terdiri daripada 34 batang landasan, menjadikan stesen ini sebagai stesen kereta api terbesar di kawasan barat laut China.

Selain itu, stesen-stesen yang terdapat di Xi'an ialah:

  • Xi'an Barat
  • Xi'an Timur
  • Xi'an Selatan
  • Sanmincun
  • Fangzhicheng

Udara

Lapangan Terbang Antarabangsa Xi'an Xianyang terletak berdekatan Xi'an, yakni di daerah Weicheng di Xianyang, kira-kira 41 km barat laut dari pusat bandar Xi'an.[19] Lapangan terbang ini ialah salah satu lapangan terbang utama China, berkeluasan kira-kira lima kilometer persegi, memiliki dua batang landasan dan tiga buah terminal. Lapangan terbang ini ialah hab syarikat-syarikat penerbangan Joy Air and Hainan Airlines.[20]