Yōkai (妖怪, bermaksud "
curiga", "
misteri", atau "tidak masuk akal") merupakan sejenis kelas
obake, iaitu makhluk-makhluk dalam
budaya rakyat Jepun yang berupa seperti
oni jahat sehinggalah sebagai
kitsune nakal atau wanita salji iaitu
Yuki-onna. sesetengah daripada makhluk ini memiliki sebahagian daripada ciri-ciri manusia dan
haiwan (contoh:
Kappa dan
Tengu). Secara umum, Yōkai mempunyai kuasa ghaib atau spiritual, justeru pertemuan mereka dengan manusia dianggap merbahaya. Yōkai juga memiliki motif serta agenda berbeza daripada manusia, yang seringkalinya sukar untuk difahami.Ahli pengkaji budaya rakyat Jepun dan sejarawan menggunakan istilah yōkai sebagai "
fenomena ajaib atau ghaib kepada pemberi maklumat". Dalam
Zaman Edo, ramai artis, seperti
Toriyama Sekien, telah mencipta yōkai yang dirujuk daripada budaya rakyat ataupun menerusi buah fikiran mereka sendiri, dan pada masa kini kebanyakan daripada yōkai ciptaan mereka ini (misalnya Kameosa dan Amikiri) tidak dianggap sekadar legenda.[
perlu rujukan]Sesetengah yōkai cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan manusia; mereka umumnya menduduki kawasan-kawasan terpencil yang jauh daripada kediaman manusia. Yōkai yang lain pula, malangnya, memilih untuk tinggal berdekatan kawasan petempatan manusia atas sifat mereka yang tertarik kepada manusia; mereka mungkin tertarik kepada ciri-ciri kediaman manusia yang selesa dan panas, ataupun minyak yang digunakan manusia untuk mencipta api. Yōkai secara tradisionalnya dikaitkan dengan
api, arah timur laut serta
musim panas, ketika mana waktu ini dunia manusia adalah paling dekat dengan dunia ghaib. Yōkai dan obake seringkali digambarkan dalam penyamaran yang melucukan namun tetap mengerikan.
Pelukis manga bernama
Shigeru Mizuki telah memperkenalkan banyak jenis yōkai dalam karya-karyanya sejak tahun
1960-an (contoh; perwira yōkai satu mata iaitu
Ge Ge Ge no Kitaro). Koleksi
cerita-cerita hantu Jepun
Lafcadio Hearn berjudul
Kwaidan: Stories and Studies of Strange Things mengandungi kisah-kisah
yūrei dan yōkai seperti
Yuki-onna.