Kegunaan Y

Dalam bahasa Melayu, fonem untuk huruf Y dipinjam dari bahasa Inggeris, iaitu /j/

Dalam bahasa Sepanyol, huruf Y disebut i/y griega, dalam bahasa Catalonia i grega, dalam bahasa Perancis dan Romania i grec, dalam bahasa Poland igrek - semuanya membawa erti "I Yunani"; di kebanyakan bahasa Eropah lain, nama Yunani asalnya masih dipakai; dalam bahasa Jerman, namanya Ypsilon (atau "Üpsilon") dan dalam bahasa Portugis ípsilon atau ípsilo. Huruf Y asalnya direka sebagai huruf vokal, tetapi lama-kelamaan dijadikan konsonan dalam kebanyakan bahasa.

Dalam sistem IPA, [y] bersamaan dengan vokal depan sempit berbundar, sementara simbol [ʏ] yang sedikit bezanya bersamaan dengan vokal hampir depan hampir sempit berbundar.