Sejarah Y

Leluhur asal huruf Y merupakan huruf Semitik Waw, yang juga leluhur mutlak kepada huruf-huruf F, U, V, dan W. (Rujuk F untuk keterangan lanjut.)

Di Yunani Purba, huruf Υ (Upsilon) menandakan IPA: [/u/], sebelum beralih ke /y/ (vokal depan sempit berbundar). Bangsa Rom pula meminjam huruf ini menjadi huruf V, bagi menandakan bunyi vokal /u/ dan konsonan /w/, tetapi tidak lama kemudian, oleh sebab sebutan Ypsilon dalam bahasa Yunani beranjak ke /y/, maka bangsa Rom meminjam huruf Yunani tersebut dalam bentuk asalnya termasuk sekali batang mencancang, iaitu Y — terutamanya bagi menandai nama-nama dan kata-kata pinjaman bahasa Yunani.

Huruf Y digunakan dalam bahasa Inggeris Lama dan Latin untuk menandai fonem /y/; namun, ada yang mendakwa kegunaan ini merupakan ciptaan berasingan di England dengan menggabungkan V ke atas I, tanpa kena-mengena dengan kegunaan huruf ini dalam bahasa Latin. Apapun, mungkin juga bahawa huruf Y, meskipun dinamakan Y Græca (IPA [u gre:ka]) atau 'u Yunani' iagar dibezakan dari /u/ dalam bahasa Latin, tetap dianalisa sebagai huruf V (disebut /uː/) di atas huruf I (disebut /iː/). Maka huruf Y dipanggil [uː iː]; selepas /uː/ menjadi /w/ dan selepas Anjakan Vokal Besar dalam bahasa Inggeris maka sebutannya menjadi /waɪ/ yang terus dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu.