Yacine_Brahimi
Yacine_Brahimi

Yacine_Brahimi

† Kemunculan (Gol).
Yacine Brahimi (Bahasa Arab: ياسين إبراهيمي‎; lahir 8 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Algeria[1] kelahiran Perancis yang beraksi untuk Porto dan pasukan kebangsaan Algeria. Dia bermain sebagai pemain tengah menyerang dan pemain sayap dan digambarkan sebagai "pemain berbakat teknikal". Jurulatihnya, Frédéric Antonetti, telah mengisytiharkan bahawa Brahimi akan menjadi "perancang masa hadapan Stade Rennais".[2]Brahimi memulakan kariernya bersama berbagai bagai kelab di daerah Île-de-France, telah dilatih di ASB Montreuil dan CO Vincennois. Pada tahun 2003, dia dipilih untuk menyertai akademi Clairefontaine. Brahimi menghabiskan masa selama tiga tahun di akademi itu dan, apabila keluar, dia menyertai Stade Rennais. Semasa di akademi kelab itu, dia mencapai beberapa kejayaan kelab. Selepas menjadi profesional, Brahimi telah dipinjamkan kepada kelab divisyen kedua, Clermont Foot. Semasa di Clermont, dia mendapat kejayaan individu musim. Selepas menghabiskan musim sebelumnya di sana secara pinjaman, dia berpindah ke kelab La Liga, Granada CF pada tahun 2013, dan kemudiannya ke Porto dengan bayaran €6.5 juta satu tahun kemudian.Seorang pemain antarabangsa Algeria, Brahimi merupakan bekas pemain antarabangsa belia Perancis dan telah mewakili negara itu di semua peringkat belia. Pada tahun 2009, dia bermain untuk pasukan bawah-19 yang layak ke separuh akhir Piala UEFA bawah-19 2009. Pada bulan Februari 2013, Brahimi beralih kesetiaan antarabangsa ke Algeria dan membuat penampilan sulung untuk mereka sebulan kemudian, dia juga bermain di Piala Dunia FIFA 2014.

Yacine_Brahimi

2006 Perancis B17
2010 Perancis B20
2013– Algeria
2014– Porto
Tarikh lahir (1990-02-08) 8 Februari 1990 (umur 29)
2004–2006 Paris Saint-Germain
1997–2000 Montreuil
Kelab terkini Porto
2000–2004 Vincennois
2006–2009 Rennes
2003–2006 Clairefontaine
Nombor 8
2009–2010 Clermont (pinjaman)
Nama penuh Yacine Brahimi
2009–2013 Rennes
2013–2014 Granada
2010–2012 Perancis B21
2008–2009 Perancis B19
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Tahun Pasukan
Tempat lahir Paris, Perancis
2012–2013 Granada (pinjaman)
2007–2008 Perancis B18
Ketinggian 1.75 m (5 ka 8+7⁄8 in)

Rujukan

WikiPedia: Yacine_Brahimi http://123vivalalgerie.com/content.php?r=601&langu... http://www.bbc.com/sport/0/football/25285249 http://www.dzfoot.com/fiche-5748.php http://www.dzfoot.com/news-13118-verts-yacine-brah... http://fr.fifa.com/worldfootball/clubfootball/news... http://www.fifa.com/worldcup/players/player=366309... http://www.givemesport.com/488491-porto-sign-yacin... http://soccernet.espn.go.com/players/stats?id=1039... http://www.kingfut.com/2014/07/23/porto-sign-brahi... http://www.marca.com/2012/08/30/futbol/equipos/gra...