Yahudi_Amerika

Yahudi Amerika, adalah warganegara Amerika Syarikat yang merupakan keturunan Yahudi. Sebahagian besar tinjauan pendapat kependudukan memperkirakan jumlah penduduk mereka adalah antara 5.2 juta [2] sehingga 6.4 juta orang [3]. Dengan demikian penduduk masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat dapat dianggap yang terbesar atau nombor dua terbesar di dunia setelah Israel. Masyarakat Yahudi Amerika Syarikat sebahagian besar adalah keturunan Yahudi Ashkenazi [4], meskipun juga terdapat keturunan Yahudi Sefardim dan Yahudi Mizrahi, serta beberapa suku Yahudi lainnya. Kepercayaan yang dianut juga meliputi pelbagai aliran agama Yahudi; daripada masyarakat Ultra-Ortodoks Haredi sampai ke masyarakat Yahudi yang benar-benar berfahaman duniawi.