Yakult (ヤクルト, Yakuruto) merupakan produk
susu berasaskan
probiotik dari
Jepun yang dibuat melalui proses
penapaian campuran
susu skim dengan satu strain
bakteria khas
Lactobacillus casei Shirota. Ia dicipta oleh
Minoru Shirota yang bergraduat dari Sekolah Perubatan
Universiti Kyoto pada tahun 1930. Pada tahun 1935, beliau mula mengeluarkan Yakult serta menjualnya. Sumber rasmi mengatakan nama tersebut berasal daripada perkataan jahurto, sebutan lama bagi jogurto, iaitu istilah
bahasa Esperanto untuk "
yogurt".
[1][2] Sejak itu, Yakult juga telah memperkenalkan barisan minuman bagi pasaran Jepun yang mengandungi bakteria
Bifidobacterium breve, serta menggunakan penyelidikannya mengenai lactobacillium untuk membangunkan produk kosmetik. Baru-baru ini, Yakult Honsha memainkan peranan utama dalam membagunkan ubat
kemoterapi irinotecan (Camptosar, CPT-11).
[3]Selepas pengenalannya di
Jepun dan
Taiwan, Yakult kemudian mula dijual di
Brazil pada tahun 1966, berikutan jumlah pendatang Jepun yang ramai di negara tersebut, sebelum ia dijual di negara-negara lain.
[4] Hari ini, Yakult dijual di lebih 31 negara,
[5] walaupun kultur bakterianya dibekalkan daripada strain induk dari Jepun tanpa mengira lokasi pengeluaran.Yakult dijual dalam pelbagai saiz berbeza mengikut negara. Di
Australia,
Eropah,
India, dan
Indonesia, Yakult dijual dalam botol 65mL. Di
Amerika,
Jepun,
Filipina,
Malaysia dan
Korea Selatan (di mana ia dikenali sebagai 야쿠르트), ia dijual dalam botol 80; saiz yang sama turut digunakan untuk pasaran
Mexico yang merupakan salah satu pasaran terbesar Yakult. Ia juga boleh didapati di
Thailand (di mana ia dikenali sebagai ยาคูลท์),
Singapura (di mana ia dikenali sebagai 益多 yì duō dalam Bahasa Mandarin dan 'Yakult' dalam Bahasa Melayu dan Inggeris),
Taiwan dan
Tanah Besar China (di mana ia dikenali sebagai 養樂多 yǎng lè duō), dan
Amerika Syarikat. Ia juga boleh didapati di
Hong Kong (di mana ia dikenali sebagai 益力多 yik lik dō) dalam botol 100 ml.
[6][7][8]Produk ini dibuat oleh Yakult Honsha Co., Ltd. (株式会社ヤクルト本社, Kabushiki-gaisha Yakuruto Honsha) (
TYO:
2267 ). Syarikat ini turut memiliki pasukan
besbol utama Jepun,
Tokyo Yakult Swallows.