Yana_Samsudin
Yana_Samsudin

Yana_Samsudin

Norliana "Yana" Samsudin (lahir 25 September 1984) ialah seorang pelakon, pengarah,[1] penulis skrip, penyanyi dan model wanita Malaysia.[2][3] Beliau mula dikenali setelah berjaya mengarah sebuah filem pada usia 23 tahun iaitu Selamat Pagi Cinta (2008)[4][5] dan memulakan kerjayanya sebagai pelakon menerusi telefilem Lu'Lu (2008) dan siri filem Adnan Sempit (2010-2014).[6][7]Sepanjang kerjayanya, Yana telah bekerjasama dengan ramai pelakon seangkatannya, termasuk Intan Ladyana, Shaheizy Sam dan Farid Kamil. Beliau bernaung di bawah syarikat penerbitan Metrowealth dari awal penglibatannya dalam bidang seni sejak 2004 dan memilih untuk berdikari selepas kontrak tamat pada awal 2014.[8]Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 bagi Pelakon Filem Wanita Popular dan Festival Filem Malaysia ke-23 bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Rujukan

WikiPedia: Yana_Samsudin http://www.broframestone.com/2012/12/strawberi-cin... http://www.broframestone.com/2013/02/sekual-adnan-... http://www.budiey.com/norliana-shamsudin-pengarah-... http://www.budiey.com/sinopsis-siti-kelembai-lakon... http://www.facebook.com/yanasamsudin.fanpage http://www.facebook.com/yanasuperfriend.fanpage http://www.imdb.com/name/nm4204519/ http://instagram.com/yanasamsudin http://instagram.com/yanasuperfriend http://malaysianaccess.com/mawaddah-cinta-yana-sam...