Yang_Hyun-suk

Yang Hyun-suk (lahir 2 Disember 1969)[1][2] ialah seorang eksekutif rakaman, pemuzik, penari dan penerbit rakaman Korea Selatan. Beliau mencapai kemasyhuran sebagai ahli Seo Taiji and Boys pada tahun 1990-an. Selepas kumpulan itu dibubarkan, beliau mengasaskan dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, salah satu daripada syarikat rakaman terbesar di Korea Selatan.