Yang_di-Pertua_Dewan_Negara
Yang_di-Pertua_Dewan_Negara

Yang_di-Pertua_Dewan_Negara

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Yang di-Pertua Dewan Negara (Tulisan Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان نڬارا) ialah pegawai pengerusi bagi Dewan Negara, dewan pertuanan bagi Parlimen Malaysia. Jawatan ini diwujudkan di bawah Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan.Jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara ini serupa dengan jawatan pegawai pengerusi di Dewan Rakyat, di mana ia dipilih dalam kalangan ahli-ahli Dewan (juga dikenali sebagai senator) dan dianggap tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Jika seseorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu juga merupakan seorang senator dan dipilih untuk memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua, beliau perlulah meletak jawatan sebagai ADUN.[1]Yang di-Pertua Dewan Negara yang terkini ialah Tan Sri Dato' Sri SA. Vigneswaran. Mengikut kebiasaan, Yang di-Pertua akan dipanggil sebagai "Tuan Yang di-Pertua" atau "Datuk Yang di-Pertua".

Yang_di-Pertua_Dewan_Negara

Timbalan Abdul Halim Abdul Samad
Anggota
  • Jawatankuasa Pemilih
  • Jawatankuasa Dewan
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
  • Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
Constituting instrument Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Pembentukan 11 September 1959 (1959-09-11) (60 tahun yang lalu)
Lapor kepada Dewan Negara
Tempoh Dipilih jika terdapat kekosongan
Pemegang sulung Abdul Rahman Mohamed Yassin
Laman web Parlimen Malaysia
Gaji RM362,000 setahun
Pelantik Dipilih oleh ahli-ahli Dewan Negara
Gelaran Tuan Yang di-Pertua (rasmi)
Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam Dewan)