Yang_di-Pertua_Negeri_Pulau_Pinang
Yang_di-Pertua_Negeri_Pulau_Pinang

Yang_di-Pertua_Negeri_Pulau_Pinang

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ialah jawatan tertinggi di Pulau Pinang. Pulau Pinang yang diambilalih oleh penjajah British, Kapten Francis Light sehingga kini tidak mempunyai sultan atau raja. Menurut sejarah, Pulau Pinang asalnya dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah.Biasanya tokoh politik yang berjasa akan dilantik menyandang jawatan ini. Ketua Menteri Pulau Pinang dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja.Tun Dato' Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kini sejak 2001. Watikah perlantikan semula beliau telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 1 Mei 2009.[1]