Yang_di-Pertua_Negeri_Sabah
Yang_di-Pertua_Negeri_Sabah

Yang_di-Pertua_Negeri_Sabah

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun. Sebelum ini istilah Gabenor digunakan.Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Yang_di-Pertua_Negeri_Sabah

Pembentukan 16 September 1963 (1963-09-16) (56 tahun yang lalu)
Pemegang sulung Tun Datu Mustapha Datu Harun
Gelaran Tuan Yang Terutama (T.Y.T.)
Kediaman Istana Negeri