Peranan Yang_di-Pertuan_Agong

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.[13] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[14].

Istana Negara, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[15]:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kerajaan persekutuan dalam pentadbiran raja. Walau bagaimanapun, dengan beberapa pengecualian, baginda terikat untuk menggunakan kuasa ini atas nasihat Kabinet atau seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet. Oleh itu, secara amalinya, kebanyakan kerja harian pentadbiran yang sebenarnya dilakukan oleh Kabinet.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong khususnya untuk melantik Perdana Menteri, membubarkan Parlimen, dan memanggil mesyuarat dengan Majlis Raja-Raja "bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, penghormatan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu." Di bawah Sistem Westminster, Yang di-Pertuan Agong dijangka melantik Perdana Menteri yang mempunyai keyakinan majoriti Dewan Rakyat Parlimen yang dipilih. Sekiranya Perdana Menteri tidak boleh diterima ramai, dia boleh dipaksa turun oleh undi tidak percaya, yang memerlukan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, atau menolak untuk membubarkan Parlimen dan melantik orang lain sebagai Perdana Menteri. Secara konvensional, Perdana Menteri adalah ketua parti dengan majoriti di Parlimen. Ini menjadikan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik baginda adalah daripada Barisan Nasional (dahulunya dikenali sebagai Perikatan) dari kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah 2018, ketika Pakatan Harapan mengambil alih.

Yang di-Pertuan Agong akan memperbaharui lantikan seorang Perdana Menteri setiap kali selepas pilihan raya sehinggalah menteri itu memutuskan untuk meletak jawatan atau kehilangan majoriti dalam pilihan raya. Setiap kali Perdana Menteri memilih untuk membubarkan Parlimen, beliau haruslah mengadakan satu pilihan raya umum. Yang di-Pertuan Agong boleh memilih untuk menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen memandangkan ini adalah salah satu kuasa budi bicaranya.

Istana

Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong ialah Istana Negara yang terletak di Jalan Duta di ibu kota Kuala Lumpur. Ia telah siap dibina pada tahun 2011. Istana Negara lama pula telah diubah menjadi muzium diraja. Kediaman lain termasuk istana singgah, Istana Melawati di pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya. Ia juga merupakan tempat mesyuarat Majlis Raja-raja (Melayu: Majlis Raja-raja), yang juga untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan

Perkarangan Istana Negara di Jalan Istana, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 1957 hingga 2011. Sejak tahun 2011, Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta akan bersemayam di Istana Negara di Jalan Duta yang lebih besar.

Yang di-Pertuan Agong melantik banyak pemegang jawatan tinggi Persekutuan di bawah terma Perlembagaan dan pelbagai Akta yang diluluskan oleh Parlimen. Perlembagaan menubuhkan prosedur bagi pelantikan sedemikian.

Majlis Menteri-menteri (Kabinet)

  • Perdana Menteri sebagai Pengerusi Kabinet, mengikut budi bicara baginda daripada kalangan anggota yang dipilih Dewan Rakyat dan memiliki sokongan majoriti Dewan - biasanya pemimpin parti atau gabungan.
  • Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.
  • Ketua Setiausaha Negara sebagai Setiausaha Kabinet, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Suruhanjaya dan jawatankuasa

  • Suruhanjaya Pilihan Raya, atas nasihat Majlis Raja-Raja.
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengikut budi bicaranya, selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Hakim

Senator

Yang di-Pertuan Agong melantik 44 orang ahli Dewan Negara.

Gabenor negeri

Yang di-Pertuan Agong melantik Yang di-Pertua Negeri bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mengikut budi bicaranya, setelah mempertimbangkan nasihat Ketua Menteri negeri.

Yang di-Pertuan Agong juga melantik Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur, yang merupakan Wilayah Persekutuan.

Ketua Agama Islam

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Islam di empat buah negeri yang diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik, di tiga buah Wilayah Persekutuan, serta di negeri sendiri. Dalam peranan ini, beliau dinasihatkan oleh Majlis Hal Ehwal Islam Negara di setiap Negeri.

Yang di-Pertuan Agong melantik pengerusi dan ahli-ahli setiap majlis. Beliau juga melantik Mufti Negeri di setiap negeri tersebut. Terdapat satu Majlis Hal Ehwal Islam yang mempunyai bidang kuasa untuk ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Majlis ini juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tugas sebagai Pemerintah Tertinggi

Selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Oleh itu, beliau adalah pegawai tertinggi dalam rantaian ketenteraan.

Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong melantik Panglima Angkatan Tentera, atas nasihat Majlis Angkatan Tentera. Baginda juga melantik ketua-ketua perkhidmatan bagi ketiga-tiga cabang tentera.

Hari Keputeraan Baginda

Di dalam Akta Hari Kelepasan 1951, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada Hari Kelepasan Persekutuan. Lazimnya, Hari Keputeraan ini disambut pada Sabtu pertama bulan Jun setiap tahun sebagai hari sambutan rasmi. Selepas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2017, tarikh ulang tahun rasmi telah dipinda dua kali, pertamanya dipinda kepada Sabtu terakhir bulan Julai,[16] dan kemudian pada Sabtu kedua selepas Hari Merdeka.[17] Pindaan ini akan berkuat kuasa di bawah pemerintahan Sultan Muhammad V hingga 2021.

Rujukan

WikiPedia: Yang_di-Pertuan_Agong http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lapan-fa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-seb... http://www.mtholyoke.edu/~teh20y/classweb/worldpol... http://allmalaysia.info/2012/04/10/powers-of-the-k... http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publ... http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=paduka http://www.istananegara.gov.my/istananegara2/ http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article... http://www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/sej...