Yasin Sulaiman

Yasin Sulaiman (lahir 30 Oktober 1975) ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia yang memperjuangkan lagu-lagu berentak "world music" dan meniti populariti tersendiri pada era 2000an. Beliau memulakan kerjaya seni menerusi kumpulan nasyid Brothers sejak 1995. Lagu solo nyanyiannya yang berjudul Mimpi Laila berjaya menaikkan nama beliau sebagai penyanyi dan komposer apabila memenangi gelaran juara keseluruhan di Anugerah Juara Lagu 2001. Album solo keduanya yang berjudul Salsabila pula memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003. Kini beliau banyak menumpukan kepada kerjaya sebagai penerbit dan pencipta lagu. Antara lagu popular ciptaannya adalah "Wassini" (Waheeda), "Lagu Rindu" (Siti Nurhaliza), "Ku Temu Cahaya" (Dayang Nurfaizah) dan "Alhamdulillah" (Too Phat).[1]

Yasin Sulaiman

Instrumen Vokal
Nama lahir Mohamad Yasin bin Sulaiman
Genre Nasyid
Pengkarya berkait Kumpulan Brothers
Syarikat rakaman Hush Entertainment
Pekerjaan Penyanyi, penerbit, komposer, penulis lirik, pencipta lagu dan pelakon
Tahun aktif 1995 - kini
Kelahiran (1975-10-30) 30 Oktober 1975 (umurĀ 44)
Kuala Lumpur, Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Yasin Sulaiman http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/anggota-kump... http://www.budiey.com/yasin-sulaiman-muzik/ http://www.imdb.com/name/nm3878741/ http://www.myselebriti.com/2009/01/yasin-bebas-kri... http://www.bharian.com.my/node/199503 http://www.hmetro.com.my/node/158951 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/yasin-kolabo... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120731/h...